Banyak amalan yang boleh kita praktikkan bagi menarik rezeki, antara contohnya ialah dengan mengamalkan doa-doa yang telah dicadangkan.
Selain itu anda digalakkan untuk menjaga kebersihan rumah. Sememangnya kebersihan bersangkut paut dengan rezeki. Membuka pintu seluas-luasnya pada waktu pagi, Dan pastikan anda sering bangun awal pagi.
Ada sesetengah amalan yang dianggap sangat remeh dan tidak diambil peduli sebenarnya boleh menarik rezeki ke dalam rumah, iaitu dengan memasang tirai pada pintu masuk utama. Mungkin kedengaran agak pelik, namun ianya adalah salah satu sunnah Nabi kita.
Perkongsian ini sangat berguna buat semua, di Facebook, Ustaz Tido ada memberi perkongsian dimana amalan tarik rezeki masuk ke dalam rumah yang ramai orang tidak tahu. Mari kita baca perkongsiannya.
Selama ni saya cuma ikut2 je buat.. bukan atas dasar ilmu.. tapi kesannya masyaAllah saya sendiri dapat rasakan.. yaAllah syukur sangat padaMu.. hari ni orang kata kita kena syukur kalau dapat gaji.. dapat projek.. dapat duit.. naik pangkat rezeki.. tapi ramai orang tak sedar dapat amalkan sunnah dan amalan agama juga adalah rezeki..
Hari ni baru saya tau.. letakan tabir/langsir di hadapan pintu rumah adalah sunnah nabi saw dan fadilatnya kata ulamak di india.. fitnah orang2 jahat, orang2 tak solat yang lalu depan rumah kita tak akan masuk dalam rumah.. ulamak bagitau.. orang yang tak solat.. ahli maksiat yang lalu depan rumah kita pun memberi kesan buruk pada kehidupan kita.. dan rezeki jadi sempit tak masuk.. sebab tu kena letak tabir/atau langsir untuk tutup.. pintu satu perkara dan langsir/tabir satu perkara yang berbeza.. zaman nabi saw setiap rumah isteri dan para sahabat semua ada tabir tutup depan rumah..
Pernah sekali pengalaman seorang sahabat saya.. ada orang datang jumpa dia.. ngadu hidup susah.. duit selalu tak cukup.. habis bayar hutang je.. kawan saya tanya.. kat rumah ada pasang tabir depan pintu rumah..? Orang tu muka pelik.. tak ada.. kan dah ada pintu.. nak tabir buat apa lagi.. kawan saya kata awak buat je.. niat nak amal sunnah nabi.. jangan percaya cakap saya.. awak buat jee.. orang tu pun terus buat.. seminggu lepas tu jumpa balik dalam keadaan excited sangat.. nak bagitau hidup dia berubah dah.. ada je rezeki datang.. macam lapang je hidup..
MasyaAllah pasti dalam sunnah pasti ada kejayaan.. pasti ada hikmah tersembunyi.. hari ni ramai orang percaya pada tangkal.. bomoh.. tapi tak yakin dengan sunnah nabi saw..
Pengalaman saya sendiri.. rumah saya memang ada pakai tabir depan rumah.. pernah sekali orang rumah saya tanggalkan mungkin sebab nak basuh.. dekat sebulan tak pakai tabir.. macam2 Allah uji saya dalam perniagaan.. ada je tak kena.. rungsing dan sebagainya.. saya pun tanya isteri.. mana tabir lama tak nampak… pasang la awak.. alhamdulillah lepas pasang satu2 masalah selesai.. dalam sunnah ada kejayaan.. semua Allah yang bagi.
yaAllah.. bagilah kami dan orang yang baca ni taufiq untuk terus amalkan… pasang tabir supaya kalau kita bukak pintu orang luar tak nampak aurat rumah kita.. dapur pun sama pasanglah.. gambar di bawah sebagai contoh.. amiiin
Sharelah dan tag pasangan dan kawan2.. biar ramai yang amalkan.. tengok lah hidup kita akan berubah.. amiin
Nota kaki : Bukan yakin dengan tabir.. yakin dengan Allah yang bagi rezeki.. pasang tabir macamana pun tak guna kalau tak solat
Sumber: Facebook/Ustaz Tido
The post Amalan Tarik Rezeki Masuk Dalam Rumah Dan Tak Sempit Hidup Yang Ramai Orang Tak Tahu appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Amalan Tarik Rezeki Masuk Dalam Rumah Dan Tak Sempit Hidup Yang Ramai Orang Tak Tahu