Penyanyi yang memiliki suara merdu, Aishah, atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan.
Baru-baru ini Aishah mendapat kritikkan dari salah seorang netizen, dia menyelar tindakan seorang individu yang menggunakan akaun Facebook palsu yang menulis komen negatif dengan kata-kata kesat terhadap dirinya.
Aishah yang terkenal dengan lagu Melukut Di Tepi Gantang itu berkata, individu yang menggunakan identiti sebagai ustazah itu jangan hanya berani kerana akaun palsu itu, sebaliknya memberanikan diri untuk berhadapan dengannya.
“Mari jumpa saya wahai Ustazah kalau nak maki orang biar depan-depan. Saya nak jumpa sangat-sangat ustazah ni yang senang-senang membinatangkan orang lain,” tulisnya di laman sosial Facebook pada Rabu.
Terdahulu, individu berkenaan menganggap penyanyi itu bersikap tergedik-gedik selepas menyertai program hiburan Gegar Vaganza 4.
Bagaimanapun, Aishah berkata dia langsung tidak terkesan dengan serangan keyboard warrior berkenaan.
“Bertenang kawan-kawan, peminat dan keluarga. Saya OK sahaja dan tidak jadi kudis pun dengan keyboard warrior ni,” katanya lagi.
“Cuma nak ingatkan diorang mungkin mereka ni boleh tulis selindung muka, tapi Allah nampak dan tahu siapa. Ada yang dibayar untuk buat kerja macam ni,” ujarnya.”
Hikhikhik relax friends,fans and family,I ok je..tak jadi kudis apa pun pada I species2 mulut puaka @keyboard warriors…
Posted by Wan Aishah Wan Ariffin on Tuesday, December 12, 2017
Aishah bakal berentap dengan bersama Hazami, Liza Hanim, Lan dan Firman di pentas Final Gegar Vaganza musim 4 yang bakal berlangsung pada Ahad di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor.
Sumber: Siakapkeli.my
The post ‘Mari Jumpa Saya Depan-Depan’ – Aishah Berang ‘Ustazah’ Hinanya Di Facebook appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Mari Jumpa Saya Depan-Depan’ – Aishah Berang ‘Ustazah’ Hinanya Di Facebook