Makin menjadi-jadi kes liwat, rogol dan perkosa dikalangan ahli keluarga sendiri. Bapa rogol anak, datuk rogol cucu, abang rogol adik, seolah-olah tiada kasih sayang dan rasa bertanggungjawab dalam keluarga.
Orang yang diharapkan untuk melindungi menjadi punca utama hilangnya tempat bergantung.
Jika dahulu orang sering berkata bahawa orang luar selalunya tidak boleh dipercayai, namun kini jangan katakan orang luar, keluarga sendiri pun sudah tidak boleh dipercayai lagi.
‘Berhati-hati dengan orang luar’
‘Jangan mudah percayakan orang lain’
Namun kini segalanya telah berubah, malah kes rogol sendiri berlaku dari kalangan ahli keluarga sendiri. Ada yang berpendapat bahawa terjadinya perkara begini kerana ‘masa’ itu sendiri telah berubah, peredaran zaman yang semakin canggih, gadget-gadget seperti telefon bimbit contohnya, mampu memberi pengaruh yang sangat besar kepada remaja-remaja.
Dengan kecanggihan yang ada, segalanya disediakan, sehinggakan video-video lucah sangat senang dimainkan di laman-laman sesawang, di Youtube, malah di Facebook. Dan ia membangkitkan nafsu seseorang sehingga menggalakkan mereka melakukan perkara terkutuk itu tanpa segan silu walaupun dengan ahli keluarga sendiri.
Kes terbaru apabila seorang pemuda tergamak memperkosa adik kandungnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Orang Asli Ulu Kuang, Rawang.
Lebih mengejutkan apabila abang mangsa berusia lingkungan 20-an melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ahli keluarga lain sedang tidur.
Sumber polis berkata, mangsa berusia 16 tahun dan sudah berhenti sekolah dikatakan terjaga daripada tidur selepas mendapati abangnya menyelinap masuk ke dalam bilik tidurnya sekitar jam 2 pagi kelmarin.
“ Suspek berlakon kononnya mahu mencari baju dan beberapa peralatan pertukangan yang didakwa hilang.
“Suspek yang berada dalam keadaan mabuk terus melompat ke atas katil mangsa lalu menyerang adik perempuannya itu,” katanya.
Mangsa cuba meronta untuk melepaskan diri namun diperkosa.
“Malah suspek turut mengugut akan mencederakan mangsa jika perkara itu didedahkan.
“Bimbang perkara itu berulang, mangsa mengadu kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh,” katanya.
Baru berumur 2o tahun, sudah tergamak memperlakukan adiknya yang baru berusia 16 tahun begitu. Dalam hal begini siapa yang harus dipersalahkan? Ibu bapa harus memantau perilaku anak-anak agar tidak terjadinya perkara sebegini.
Sumber: Hmetro.com.my
The post Abang Perangai Setan Perkosa Adik Kandung Sendiri appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Abang Perangai Setan Perkosa Adik Kandung Sendiri