Pelakon tanah air, Zizie Ezette telah selamat melahirkan anaknya yang kembar. Rezeki yang tak di sangka-sangka.
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Zizie Ezette yang selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada jam 5.48 dan 5.50 pagi Jumaat, di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Berita gembira itu dikongsikan oleh Zizie menerusi akaun Instagramnya dimana beliau melahirkan bayi kembarnya melalui kaedah pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sejam lalu, Zizie, 39, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata beliau menjangkakan kembarnya itu akan lahir pada hari jadinya hari ini, tetapi proses kelahiran secara pembedahan terpaksa dilakukan sehari lebih awal.
“Seorang ibu yang menyambut hari jadinya bersama dua hadiah yang datang lebih awal! Mommy menjangkakan mereka akan dilahirkan hari ini, tetapi masing-masing hadir secara kejutan menerusi pembedahan, semalam, Jumaat, 29 Disember pada 5.48 dan 5.50 pagi,” katanya.
“Alhamdulillah, kedua-duanya sihat walafiat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan saya,” katanya sambil memaklumkan berat dua bayinya itu, masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram ketika dilahirkan.
Menerusi gambar yang dikongsinya juga, pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad itu tampak jelita di samping kedua-dua cahaya matanya di pangkuan.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Zizie yang sudah lama menantikan detik cukup bermakna itu.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, berusia 11 bulan.
Kita doakan kedua-dua anak Zizie sihat walafiat dan tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Zizie dan suami.
Sumber: Beautifulnara.com
The post Zizie Ezette Selamat Melahirkan Anak Kembar appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Zizie Ezette Selamat Melahirkan Anak Kembar