Musim sejuk boleh menjadi waktu yang sangat membosankan bagi mereka yang tinggal di kawasan sejuk melampau tetapi di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat, seorang lelaki bernama Tom Grotting ada cara unik tersendiri untuk menarik perhatian orang ramai di sekitar kejiranannya.
Dia menjadikan musim sejuk sebagai cara untuk hiburkan jirannya dengan meletakan seluar jeans di luar rumah dan membiarkan ia beku sehingga kelihatan seolah-olah jeans itu dipakai oleh hantu atau orang halimunan. Sangat menarik bukan? Ianya seolah-olah ramai orang halimunan berdiri di kawasan itu. Kadang kala ia menakutkan budak-budak untuk bermain diluar.
Menurut Tom beliau hanya perlu membasahkan jeans, bawa ia keluar dan bentukkan jeans seperti di dalam gambar. Jika diperhatikan, ianya sangat lucu dan boleh menjadi trend terbaru atau hobi di musim sejuk. Selaian membuat orang salji, kini mereka boleh membuat orang halimunan pula.
Selepas beberapa minit seluar jeans yang basah tadi akan membeku dan mengeras. Maka akan menjadi seperti ini.
Meskipun nampak macam dipakai oleh hantu, ia tidak menakutkan jiran-jiran Tom. Sebaliknya mereka turut meniru cara Tom dan lakukan perkara yang sama.
Dan sekarang jeans seperti ini ada di merata-rata tempat di pekan ini. Bagi mereka yang baru tiba di pekan ini pada waktu malam mungkin akan terasa sedikit seram sebab tidak tahu cerita sebenar.
Jika dimuatkan dengan baju lagi hebat kan? Nampaknya pembuatan orang halimunan semakin tersebar hingga di tepi-tepi jalan.
Sumber: Mynewshub.cc
The post Orang Halimunan Berjalan Di Sekitar Kawasan Rumah Pada Musim Salji appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Orang Halimunan Berjalan Di Sekitar Kawasan Rumah Pada Musim Salji