Pelakon lelaki yang kacak dan bergaya iaitu Bront Palarae yang namanya semakin dikenali di negara jiran dan berlakon dalam filem Pengabdi Setan. Wataknya sebagai ketua keluarga dalam filem tersebut telah menarik perhatian warga indonesia.
Dalam filem terbarunya ‘Ayat-ayat cinta 2’ hasil dari terbitan MD Pictures Bront palarae membawa watak sebagai seorang lelaki yang beragama Yahudi bernama Baruch. Bront juga telah mengalami kesusahan ketika menghayati watak sebagai seorang yahudi dan dalam masa yang sama berperwatakan antagonis.
Setiap lakonan Bront Palarae pasti menjadi kerana dia merupakan seorang pelakon yang berbakat dan pandai membawa watak yang digalas.
Dalam filem Ayat-ayat Cinta 2 dia terpaksa bertutur dalam bahasa Yahudi iaitu bahasa Hebrew.
Bukan sahaja menguasai bahasa yahudi menjadi permasalahannya, malah dia juga harus bermain dengan emosi. Dia juga mesti mengunakan bahasa sahaja, dia juga harus fokus serta bermain dengan emosi dan bertutur dalam bahasa Hebrew yang sangat susah untuk difahami dan dipelajari.
Bront palarae juga mengahdapi kesusahan dan serba salah ketika membawa peranan sebagai seorang tokoh yang sangat membenci penduduk muslim di Eropah.
“Karena Baruch itu seorang yang sangat benci dengan Islam jadi main emosi untuk menaikkan kebencian itu yang sulit,” terangnya.
Bront Palarae juga telah dinobatkan sebagai seorang pelakon terbaik Festival Filem Antarabangsa Asean. Dia juga turut mengatakan sudah pasti akan timbul skeptikal segelintir netizen apabila dia membawa watak antagonis itu kerana Yahudi adalah musuh ketat kepada umat islam.
Sumber: Liputan6 via Hangat.com
The post Bront Palarae Mempunyai Kesulitan Apabila Membawa Watak Yahudi Di Filem ‘Ayat-Ayat Cinta 2’ appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Bront Palarae Mempunyai Kesulitan Apabila Membawa Watak Yahudi Di Filem ‘Ayat-Ayat Cinta 2’