”Dia Telefon Saya Sambil Menangis Sebelum Terputus,” – Ibu Risau Anak Kemungkinan Diculik

”Dia Telefon Saya Sambil Menangis Sebelum Terputus,” – Ibu Risau Anak Kemungkinan Diculik - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ”Dia Telefon Saya Sambil Menangis Sebelum Terputus,” – Ibu Risau Anak Kemungkinan Diculik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Kes culik remaja oleh orang yang tidak dikenali semakin menjadi-jadi, oleh kerana itu ibu bapa harus sentiasa memberi nasihat kepada anak-anak sebelum mereka keluar dari rumah.

Ibu bapa juga disarankan untuk memberi galakkan kepada anak-anak supaya belajar seni mempertahankan diri, jika berlaku penculikkan atau pergelutan, mereka tahu bagaimana untuk bertindak balas dengan cepat.

Baru-baru ini ada kes culik berlaku di Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub. Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis bernama Faiz di rumahnya.

Menurut ibu mangsa, Wan Maziah Wan Mat, 37, anaknya, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi keluar membeli buku adiknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Gali, yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya dengan menaiki motosikal pada pukul 11 pagi sebelum kejadian.

Jelas ibunya, Nur Syaminn yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan singgah membeli pisang goreng di kedai berdekatan simpang Ulu Gali ketika pulang dari membeli buku sekolah adiknya.

“Di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis meminta tolong untuk membawa balik motosikal yang didakwa baru dibelinya di kedai di Sungai Ruan,” katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Wan Maziah berkata, lelaki itu kemudian mengikut anaknya pulang ke rumah mereka dan bertemunya.

“Dia memperkenalkan diri sebagai Faiz, anggota bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.

“Katanya dia mahu meminta tolong anak saya mengambil motosikal baru dibelinya. Tanpa syak wasangka saya membenarkan Nur Syaminn mengikut lelaki berpenampilan kemas berusia lingkungan 20-an itu menaiki kereta berwarna perak,” katanya.

Menurut ibu mangsa, sekitar pukul 3 petang dia menerima panggilan telefon daripada anaknya mengatakan berada di Gua Musang, Kelantan.

“Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya diambil lelaki itu sebelum talian diputuskan,”

katanya.

Menurutnya, berikutan itu satu laporan dibuat di Balai Polis Sungai Ruan pada 4 petang semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dibuat ibu mangsa dan memaklumkan siasatan lanjut dijalankan pihaknya.

Sumber: Hmetro.com.my

The post ”Dia Telefon Saya Sambil Menangis Sebelum Terputus,” – Ibu Risau Anak Kemungkinan Diculik appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel ”Dia Telefon Saya Sambil Menangis Sebelum Terputus,” – Ibu Risau Anak Kemungkinan Diculik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ”Dia Telefon Saya Sambil Menangis Sebelum Terputus,” – Ibu Risau Anak Kemungkinan Diculik

Postingan terkait: