Sememangnya isu bergambar di tempat perkuburan adalah satu perkara yang sangat sensitif. Bukan hanya individu biasa, malah artis juga tidak lari dari melakukan kesalahn itu.
Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff Datuk As’ari, 31, memuat naik gambar tersebut pada Khamis lalu ketika upacara pengebumian sedang berlangsung.
Mungkin niatnya hanya mahu berkongsi situasi sedih itu, namun netizen berpendapat bahawa ianya tidak bersesuaian.
“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Arwah Yahya bin Ismail.
“Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-fatehah,” tulis pelakon yang juga merupakan penghafaz Al-Quran itu.
Netizen telah menyifatkan tindakan Johan dan seorang lagi individu disebelahnya sebagai tidak sopan dan tidak menghormati ahli keluarga si mati.
Lebih-lebih lagi Johan dikenali sebagai selebriti yang sering memuat naik rakaman video dirinya sedang mengaji di akaun Instagram miliknya.
Dalam yang menghina dan mencaci, terdapat individu yang prihatin apabila pelakon tersebut diperlakukan sedemikian.
Bukan semua orang mampu memahami perasaan orang lain, seharusnya kita berfikiran yang baik-baik sahaja.
The post Bergambar Di Tanah Perkuburan, Johan Ashaari Dikecam appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Bergambar Di Tanah Perkuburan, Johan Ashaari Dikecam