Anggun adalah seoramg penyanyi yang amat dikenali di negara Indonesia dan kini dia telah mencipta nama di negara Perancis. Kebelakangan ini Anggun telah bekerjasama dengan Nur Fazura menerusi sebuah lagu baru duet mereka The God Is Back. Baru-baru ini juga dia juga telah berhasrat untuk berkolaborasi dengan Yuna pula.
Anggun yang popular dengan lagu Snow The Sahara itu berkata, betapa dia amat mengagumi bakat yang ada pada Yuna dan pada masa yang sama masih mengekalkan gaya muslimah dan menjadi icon sebagi wanita asia walaupun Yuna kini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam industri antarabangsa.
Anggun juga mengenali Yuna pada empat tahun yang lepas menerusi media sosial. Dia juga melihat usaha keras Yuna dalam mencipta nama di negara Amerika Syarikat sebagai mana dia juga pernah seperti itu sebelum berjaya hingga ke tahap sekarang.
“Ketika awal perkenalan, kami sering berbalas mesej menerusi media sosial. Saya berpeluang bertemunya buat kali pertama ketika Yuna ke Rome, Itali. Ketika Yuna beraksi dalam konsert jelajah di Paris, saya tidak ketinggalan menonton.
“Yuna memiliki karisma tersendiri, malah suara dan muzik yang dibawanya juga istimewa. Walaupun berhijab, Yuna berjaya menterjemahkan peribadi wanita moden yang berkuasa dan berpengaruh tetapi lembut,” katanya.
Anggun juga turut ditemui ketika beliau sedang melancarkan album terbarunya yang ke lapan sempena pelancaran aplikasi Muzik OnMusic di ibu kota baru-baru ini juga.
Ujar beliau lagi, dia kini sedang sibuk melancarkan sebuah lagu popular sing’e yang baru bertajuk ‘What We Remember’ dan masa yang diambil untuk pembikinan album berkenaan memakan masa lebih kurang dua tahun untuk diselesaikan.
Dia juga turut mengakui yang dia ni jenis yang sangat cerewet dalam hal–hal berkenaan dengan kerja. Dia juga tidak mahu terburu-buri dalam proses ,emyiapkan album ini.
“Saya perlu teliti, malah tidak kisah apabila proses pembikinan album ini berjalan perlahan. Setiap lagu yang ditulis mengambil masa yang panjang. Hampir 90 peratus lagu yang dimuatkan ditulis saya sendiri sebelum disaring tiga pasukan pekerja.
“Ada lirik lagu yang saya tulis kira-kira lima tahun lalu, ada juga yang disiapkan dua tahun lalu. What We Remember bagi saya cukup istimewa kerana ia menterjemahkan pengalaman yang saya rasai dan lalui selama ini,” katanya.
Walauapapun, pihak kami mengucapkan semoga berjaya dengan kerjaya yang akan mendatang. Kolaborasi lagu dengan Yuna adalah amat dinanti-nantikan. Sudah pasti anda juga tidak sabar untuk mendengar lagu baru dari mereka.
Sumber: Bharian.com.my
The post Anggun Kagum Dengan Usaha Keras Yuna Dalam Menerpa Nama Di Peringkat Antarabangsa appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Anggun Kagum Dengan Usaha Keras Yuna Dalam Menerpa Nama Di Peringkat Antarabangsa