Cara Memutihkan Semula Bantal Yang Telah Kekuningan

Cara Memutihkan Semula Bantal Yang Telah Kekuningan - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cara Memutihkan Semula Bantal Yang Telah Kekuningan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Waktu tidur adalah waktu yang paling berharga buat semua orang, mendapat tidur yang selesa adalah penting. Bantal yang putih dan bersih adalah penting bagi mengelak hama dari singgah ke kulit anda, hama katil boleh menyebabkan badan anda gatal-gatal dan tidak selesa.

Jika anda perasan, setiap kali anda menukar sarung bantal, bantal anda tidal lagi kelihatan putih seperti dahulu, mungkin ada kesan kekuningan akibat kelembapan akibat peluh ketika anda tidur.

Bantal yang telah kekuningan pasti membuatkan anda rasa tidak selesa. Apatah lagi jika bantal tidur itu digunakan oleh tetamu yang bermalam di rumah anda.

Anda mungkin akan membuang bantal tersebut kerana dianggap telah rosak. Sebenarnya ada petua yang berguna boleh anda lakukan bagi memutihkan semula bantal anda.

Cara Memutihkan Bantal Tidur Yang Telah Kekuningan

1) Pertama sekali anda perlu semak label pada bantal, sama ada bantal itu boleh dicuci dalam mesin basuh atau tidak. Jika boleh, anda perlulah sediakan 5 jenis bahan ini:

Bahan-bahan yang diperlukan

Air panas
1 cawan cecair sabun pembersih baju/detergen
1 cawan serbuk pembersih baju
1 cawan Cecair peluntur
½ cawan Borax

2) Isikan 1/3 mesin basuh dengan air panas dan masukkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan.

3) Tekan butang Mula dan biarkan semua bahan-bahan yang dimasukan tadi larut dengan air.

4) Selepas beberapa minit, barulah masukkan bantal. Maksimum cuci dua bantal sahaja, jangan lebih. Sebab kalau mesin terlalu penuh nanti bantal tak dapat dicuci dengan bersih.

5) Tambahkan lagi air panas.

6) Tetapkan cucian sebanyak dua kali sahaja pada mesin basuh.

7) Setelah bantal siap dicuci. Anda bolehlah gunakan mesin pengering untuk keringkan bantal. Ataupun keringkan sahaja di laman rumah. Seeloknya keringkan ketika cuaca panas terik agar bantal tersebut dapat kering luar dan dalam.

Hasilnya, bantal kekuningan tadi bertukar menjadi putih bersih!

Selamat mencuba.

Sumber: Ceritera.pw

The post Cara Memutihkan Semula Bantal Yang Telah Kekuningan appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Cara Memutihkan Semula Bantal Yang Telah Kekuningan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cara Memutihkan Semula Bantal Yang Telah Kekuningan

Postingan terkait: