Gangguan s3ksual tidak mengenal mangsa, bagi mereka apa yang penting ialah memuaskan nafsu mereka. Tanpa mengira anak kecil, wanita ataupun ibu tunggal sekalipun.
Ada satu kes seorang lelaki bertindak berani cuba mengumpan seorang wanita berstatus janda untuk melempiaskan nafsunya menerima padah.
Wanita mana yang sanggup dilayan sebegitu. Bagi mereka perkara itu sangat jijik dan kurang ajar! Walaupun digelar janda, tidak bermakna boleh dipermainkan seperti itu.
Hantar CD lucah dengan nota
Menurut laporan Kosmo!, seorang lelaki di Bota, Perak dijatuhkan hukuman penjaran 6 bulan selepas menghantar sekeping CD lucah bersama nota mengajak mengadakan hubungan s3ksual kepada seorang ibu tunggal, Jumaat lalu.
Tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan wanita itu dengan CD dan nota tulisan tangan berkenaan yang mempunyai ayat tidak senonoh dan cuba mengganggu kesantunan wanita itu.
‘Akak bukak lampu tandanya akak sudi’
Kosmo! Isnin lalu melaporkan, polis menahan seorang buruh yang menghantar sekeping DVD lucah bersama sekeping nota bertulisan tangan sebagai umpan untuk mengajak seorang janda melakukan hubungan s3ks.
Wanita itu menemui DVD tersebut yang diselitkan pada pintu rumahnya di Kampung Bakong Mukim Lambor Kiri, Bota.
Berdasarkan nota yang ditinggalkan, lelaki tersebut akan datang ke rumah wanita itu pada pukul 12 tengah malam untuk melakukan perbuatan keji itu. Lelaki turut meminta wanita berkenaan memberi isyarat dengan membuka lampu jika bersetuju dengan ajakan itu.
Sumber: Kosmo, Ohbulan
The post ‘Akak Bukak Lampu Bilik Tanda Setuju’ – Dipenjara 6 Bulan Kerana Kempunan S3ks Janda appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Akak Bukak Lampu Bilik Tanda Setuju’ – Dipenjara 6 Bulan Kerana Kempunan S3ks Janda