Tanda lahir bukanlah sesuatu yang luar biasa, ramai dikalangan kita yang memiliki tanda lahir. Bagi orang zaman dahulu, mereka percaya setiap tanda lahir itu ada maksudnya yang tertentu.
Ada yang berpendapat bahawa tanda lahir itu terjadi kerana ibu yang sedang hamil tidak dapat merasa apa yang diidamkan ketika hamil. Tetapi ianya bukanlah satu masalah besar.
Tanda lahir setiap orang yang memilikinya tidak sama, ada yang tanda lahirnya terletak di bahagian badan, ada yang di bahagian tangan, leher, malah ada di bahagian muka.
Seperti pasangan suami isteri dari Turki ini terkejut besar apabila anak mereka dilahirkan dengan tanda lahir yang berbentuk love. Ianya sangat jarang berlaku dan nampak sangat comel.
Ibu bapa baru ini Ceyda dan Murat Engin sangat gembira apabila bayi lelaki yang mereka namakan Cinar telah dilahirkan. Tapi mereka tidak tahu terdapat kejutan lain yang bakal menanti mereka.
Tanda lahir bayi itu sangat comel sehingga semua jururawat bertugas di wad bersalin tidak sabar untuk mengambil gambar bersama bayi comel itu. Disebabkan tanda lahirnya begitu istimewa, Cinar menjadi bayi yang terkenal di hospital itu dan sudah ada ramai peminat!
Bapanya, Murat, berkata, “Selepas jururawat bersihkan darah yang ada pada kepalanya, saya orang pertama yang nampak tanda lahir itu pada dahinya. Saya betul-betul terkejut!
“Apabila saya pergi dekat untuk melihat, barulah saya sedar ia berbentuk love. Saya tidak dapat menahan air mata dari mengalir.”
Di mana sahaja mereka pergi, ramai orang akan berhenti untuk mengambil gambar dengan Cinar. Cinar kini sudah berusia 14 bulan.
“Ia seolah-olah kami diberi hadiah dari Tuhan. Tiada seorang pun yang ada perasaan negatif terhadap tanda lahir bayi kami, “kata ayahnya.
Adakah tanda lahir itu bahaya?
Ada dikalangan ibu bapa yang sangat bimbang apabila melihat anak memiliki tanda lahir, adakah tanda lahir itu bahaya kepada bayi?
Terdapat 2 jenis tanda lahir, iaitu tanda lahir vaskular dan yang berpigmen.
Tanda lahir berpigmen atau tanda lahir yang disebabkan oleh pigmen berlebihan dalam kulit biasanya akan berwarna coklat akibat gabungan sel pigmen yang yang menyebabkan perubahan warna pada kulit.
Tanda lahir vaskular sebaliknya, tidak sama dengan tanda lahir berpigmen kerana tanda lahir vaskular disebabkan oleh saluran darah yang tidak normal di bawah kulit. Mereka biasanya berwarna merah, merah jambu, atau ungu.
Sumber: My.theasianparent.com
The post Tanda Lahir Pada Bayi Ini Sangat Istimewa appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Tanda Lahir Pada Bayi Ini Sangat Istimewa