Ibu hamil sentiasa diberi nasihat agar pada 6 bulan terawal, jangan sesekali memberi bayi anda makan nestum ataupun nasi. Ini kerana usus bayi tidak mampu menampung makanan terlalu awal.
Sedari lahir sehinggalah berusia 6 bulan, bayi hanya dibolehkan meminum susu sahaja, jika hendak mencampurkannya dengan air masak pun tidak dibenarkan. Hanya susu ibu sahaja yang dibenarkan, saya percaya jururawat sentiasa menasihati para ibu setiap kali membuat pemeriksaan kandungan.
Namun ramai ibu yang tidak mengambil berat akan hal tersebut. Ada ibu yang mencampurkan susu dengan nestum supaya anak cepat kenyang dan tidur lebih lama. Tetapi tahukah anda bahawa ianya akan memudaratkan kesihatan anak anda? Banyak kes bayi mengalami masalah usus kerana ibu mengamalkan cara tersebut, tetapi ramai ibu yang masih tidak ambil berat akan hal tersebut.
Kes terbaru ini terjadi kepada bayi berumur 3 bulan, yang telah diberi nestum bercampur susu. Semoga kisah adik ni jadi pengajaran buat kita semua ibu bapa.
“sy bagi cereal(nestum beras) … bby umur 3 bulan … campo sikit susu dgn nestum bg ank knyg dan lama tdo .. kakak n abg dia ok je .. sbb tu sye bg dia mkn juga .. usus dia xdpt terima … sbb tu jd cm ni” -ibu
anak tdo bukan sbb kenyang ye, sebab usus dan buahpinggang die bkerja keras utk proses hadam makanan tu. sedangkan susu tepung pn ade yg xsesuai apetah lagi makanan. after 6month pn elakkan lah processed food, amalkan realfood. sayangi USUS DAN BUAH PINGGANG ank kita. takde ganti.
sharing is caring. sy dah mntk kebenaran mak adik ni untuk share to public dan TOLONG JANGAN KOMEN ANDA BUAT KAT ANAK ANDA SIHAT SAMPAI SKRG ye. spread awareness.
BETTER BE SAFE THAN SORRY. ANAK BUKAN BAHAN UJIKAJI.
Sumber: Facebook/Info Ibu Hamil
The post Bagi Bayi Umur 3 bulan Makan Nestum Campur Susu, Usus Tidak Boleh Terima, Akhirnya Perlu Dibedah appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Bagi Bayi Umur 3 bulan Makan Nestum Campur Susu, Usus Tidak Boleh Terima, Akhirnya Perlu Dibedah