Indah Ruhaila merupakan peserta Akademi Fantasia 2013 yang kini namanya sudah mula dikenali ramai dengan kemunculan lagu pertamanya Percayalah, Terbaru ini Indah juga terdapat ura-ura untuk menamatkan zaman gadisnya pada tanggal 24 Disember ini.
Pada masa yang sama juga, dia tidak mahu mendedahlan identiti bakal suaminya itu. Dia hanya akan memberitahu sesuai sahaja majlis perkahwinan itu selesai diadakan.
Indah Ruhaila atau dengan nama sebenarnya, Siti Ruhaila Hussien 30 tahun telah memaklumkan berita berkenaan secara terbuka dan memohon maaf kerana dia tidak mengundang mana-mana media pada hari istimewanya kerana majlis perkahwinan mereka diadakan secara tertutup.
“Saya dengan rendah hati menyusun 10 jari untuk memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan media pada hari itu. Majlis ini diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat serta teman rapat,” katanya.
Indah juga langsung tiada niat untuk menguris atau merahsiakan hari perkahwinannya kepada media. Dia berbuat keputusan sedemikian adalah menghormati permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.
“Bagaimanapun saya akan memberikan kenyataan rasmi berserta gambar sejurus selepas majlis berlangsung. Sekali lagi, saya memohon maaf tulus dari hati. Alangkah indah jika saya dapat berkongsi majlis bahagia ini dengan semua yang menyokong saya selama ini,” katanya.
Indah juga mengatakan yang dia pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.R, namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan putus di tengah jalan. Nama Indah Ruhaila mula dikenali apabila dia mencuba bakat menerusi program realiti Akademi Fantasia pada tahun 2013.
Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, tahniah kami ucapkan untuk Indah Ruhaila dan juga bakal suaminya. Banyak antara artis-artis Malaysia menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini.
Sumber: Bharian.com.my
The post Indah Ruhaila Tidak Mahu Mendedahkan Muka Bakal Suami appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Indah Ruhaila Tidak Mahu Mendedahkan Muka Bakal Suami