Setiap wanita yang sedang berpantang selepas melahirkan anak hendaklah dipandang serius. Mungkin pada zaman sekarang yang serba canggih ramai yang berfikiran apabila mengamalkan pantang selepas bersalin adalah orang yang kolot seperti orang-orang dahulu.
Adakah kita tahu jika kita melanggar segala pantang larang selepas bersalin buat masa ini, ia akan memberikan kesan negatif kepada tubuh badan kita dimasa umur kita kian meningkat kelak.
Kesannya mungkin di usia kita masih muda,kita didatangkan pelbagai jenis penyakit, Sebab itu amat penting untuk kita mengamal dan mengikut pantang larang nenek moyang kita.
Disini kami ingin kongsikan satu kisah yang sangat meruntun jiwa. Dapatkah anda membayangkan apabila seorang suami sanggup memaksa isterinya yang baru beberapa hari melahirkan anak sulung mereka yang masih di dalam pantang untuk melayan nafsu ranjangnya. Perkara ngeri yang berlaku kepada isterinya oleh kerana perbuatannya itu.
Tiba-tiba si isteri terkena sawan yang teruk
Bayi menjadi anak yatim dalam usia 4 hari
Kejadian ngeri ini telah berlaku lebih dari 10 tahun yang lepas. Semasa dibahagian kecemasan Zon merah (Zon Kritikal) hospital kami telah menerima pesakit yang merupakan seorang ibu yang muda yang baru sahaja melahirkan seorang bayi sulung pada 4 hari yang lalu. Kelihatan muka si ibu tersangatlah pucat dan kebiru-biruan beserta mata yang hitam dan bibir kebiruan. Mulutnya juga didapati berbuih dan badannya agak kaku dan sejuk. Menurut keterangan dari si suami, isterinya tiba-tiba sahaja diserang penyakit sawan ketika sedang tidur dan apa yang mengejutkan wanita berkenaan mengalami pendarahan yang sangat teruk.
Kami sebagai staf perubatan telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan wanita berkenaan dan melalui masa kritikalnya. bantuan alat penafasan juga telah diberikan serta merta. Pada masa yang sama, doktor yang bertugas pada masa itu memeriksa bahagian kemaluan wanita terbabit dan alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan yang amat teruk dengan darah yang memenuhi kesemua pad yang digunakan oleh wanita berkenaan. darah yang keluar pun tersangatlah banyak.
Sebaik sahaja kami membuka kain yang dipakai oleh wanita itu, kami dapati habis semua kainnya diliputi darah di bahagian seluar dalam sehinggalah pad itu dipenuhi dengan darah yang banyak. Apabila doktor memeriksa bahagian jahitan alangkah terkejutnya apabila beliau melihat kawasan jahitan Episiotomi wanita berkenaan terbuka yang menyebabkan benang jahitan terbuka. Jika diamati dengan teliti, kesan koyakkan itu seperti sengaja dikoyakkan dan menyebabkan kawasan luka itu kelihatan sangat teruk sekali.
Suami memaksa isteri melakukan hubungan intim semasa si isteri masih dalam pantang
Doktor juga telah berprasangka satu perkara ini adalah penyebab wanita berkenaan mendapat pendarahan yang teruk. Doktor membuat keputusan untuk bersemuka dengan suami wanita tersebut. Wanita tadi buat masa ini sedang diberikan bantuan pernafasan terus ke bahagian paru-parunya dan sedang melakukan pemindahan darah dan ubat-ubatan kerana keadaannya yang sangat kritikal.
Doktor bersuara dengan nada yang sederhana ketika menyoal suami wanita berkenaan.
Doktor: Encik tolonglah bersikap jujur dengan saya, adakah anda ada melakukan hubungan kelamin bersama isteri anda tadi??
Lelaki: “Eh! mana ada doktor, kan isteri saya baru sahaja lepas bersalin.
Doktor: Encik, saya mohon agar encik berterus terang saja dengan saya. Luka di bahagian jahitan isteri encik telah koyak rabak. Tidak mungkinlah kesan koyakan itu berpunca dari isteri anda yang sedang membuat kerja rumah. Jika kerana dia membuat kerja rumah, tidak mungkin kesan koyakkan seperti itu.
Selepas dipaksa untuk berterus terang, akhirnya lekaki tersebut menceritakan perkara yang sebenar dan dia mengakui telah memaksa isterinya melakukan hubungan intin secara dipaksa. Isterinya telah meronta-ronta tetapi dia berkeras juga. Selepas sahaja nafsu buasnya berjaya dilempiaskan dia mendapati badan isterinya mengalami kekejangan dan bahagian mulutnya tiba-tiba mengeluarkan buih-buih putih seperti terkena sawan.
Si ibu gagal diselamatkan kerana bahagian organ dalamanya tidak berfungsi lagi
Allahuakhbar! Astagfirullah! Tiada kata yang mampu diungkapkan oleh doktor tersebut. Hanya mampu menahan rasa marah dan kesal. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, Dia telah menjemput ibu itu untuk kembali ke sisi Nya. Doktor tidak daat menyelamatkan ibu berkenaan kerana dia telah mengalami pendarahan yang teruk dan organ-organnya gagal berfungsi dengan baik.
Mungkin semua ini ada hikmahnya. Tiada lagi kesakitan yang akan dia rasai. Tetapi kesian kepada si bayi kerana belum puas merasa air susu ibunya setelah empat hari lahirkan dan ibunya telahpun pergi meninggalkannya untuk selamanya akibat dari perbuatan nafsu syaitan ayahnya sendiri. Apabila nafsu sudah menguasai diri manusi, sudah pasti mereka hilang pertimbangannya.
Apalah daya seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak sulung dan masih lemah ketika dipaksa oleh seorang lelaki bernama suami. Kita yang hanya mendengar kisah ini sudah merasa ngeri apa lagi yang dirasakan oleh arwah semasa diperlakukan sedemikian rupa dalam keadaan diri yang belum sembuh sepenuhnya dipaksa untuk melayan nafsu buas suaminya. Nauzubillah Min Zalik.
Sumber: Kisahdunia.com
The post Isteri Baru 4 Hari Melahirkan Anak Mati Akibat Perbuatan Nafsu Buas Suami appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Isteri Baru 4 Hari Melahirkan Anak Mati Akibat Perbuatan Nafsu Buas Suami