Anak adalah satu anugerah, ramai yang sudah berkahwin menunggu zuriat bertahun lamanya. Tetapi mereka yang mudah mendapat anak senang-senang pula mengabaikan anak. Mungkin bukan semua ibu bapa yang bersikap demikian, tetapi masih ramai ibu bapa yang kurang cakna dengan anak.
Zaman sekarang bukan seperti zaman sekarang, penuh dengan ancaman. Dimana-mana kita dengar kes penculikkan bayi, kanak-kanak. Sepatutnya sebagai ibu bapa harus prihatin terhadap anak=anak apabila berada diluar runah. Bukan membiarkan anak-anak dalam keadaan bahaya!
Seperti pengalaman swanita ini yang melihat kedua ibu bapa mengaaikan anak-anak ketika berada di kedai makan.Perkongsian dari seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Farahani Husni mengenai pasangan suami isteri yang meninggalkan dua anak mereka tanpa pengawasan di sebuah restoran, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
“Tak sangka orang yang tak ada anak lagi cerdik dari mak pak orang dalam kes ini,” demikian antara reaksi netizen yang kesal dengan sikap ibu bapa berkenaan.
Menurut Farahani, pasangan tersebut sedang sibuk memesan makanan di kaunter, manakala dua anaknya berada di meja makan.
“Saya baru habis makan, nak pergi basuh tangan. Tiba-tiba ternampak ada dua kanak-kanak ini dibiarkan begini saja di meja makan tanpa orang dewasa. Rupa-rupanya mak pak dua-dua kalut pergi order makanan di kaunter,” tulisnya di Facebook.
Bimbang dengan keselamatan dua anak kecil itu, Farahani mengambil keputusan untuk menunggu ibu bapa mereka kembali ke meja.
“Daripada dok kalut nak gerak pergi kelas, aku terpaksa menunggu sehingga mak bapak depa datang. Di mall macam ni bahaya woi tinggalkan budak-budak macam ini saja.
“Masa nak balik, aku cakap dekat mak dia, ‘Kak, sorry eh. Tapi bahaya kak tinggalkan anak macam ni ja,’. Tetapi jawapan balas yang saya terima sangat mengejutkan.
“Awak dah kahwin ke nak tegur orang macam ni? Dah ada anak?”
“Ya tuhaaannnn!” katanya yang bagaikan tidak percaya dengan sikap tidak bertanggungjawab si ibu berkenaan.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pasangan terbabit.
“Memang kalau nak order kena pergi beramai-ramai tinggalkan anak di meja terkontang-kanting eh? Tak ada phone nak snap menu dan hantar di WhatsApp eh? Memang kena dok depan kaunter baru boleh buat keputusan eh?
“Ayat bongkak ‘dah kahwin? dah ada anak ke nak tegur macam ni?’. Kalau anak kau hilang nanti, kau juga yang akan merayu-rayu dalam TV dan buat muka monyet.” – Loveshak
“LOL, dia pesan bahaya tinggalkan anak seorang-seorang begini. Betullah tu, banyak dah kes budak kena culik depan mata. Bukan dia ajar mak tu macam mana nak mendidik anak. Ya ampun, kenapa ramai sangat manusia bodoh sekarang ni.” – Jane Dungg
“Kalau aku, aku jawab je, ‘Dah ada anak kak. Tapi itulah dulu saya buat anak saya macam ni juga. Sekali bila balik ke meja, anak saya tercekik sudu garfu’. Asal jadi pengajaran.” – Aisyah
Terlalu banyak kes culik, tetapi ibu bapa masih ambil lewa dalam soal penjagaan anak-anak ketika berada di luar. Waspada wahai ibu bapa, jangan nanti apabila sudah terkena baru hendak menyesal.
Sepatutnya berterima kasih kerana masih ada yang berhati mulia hendak menegur, tetapi lain pula reaksi yang diterima. Jangan kerana sifat angkuh, akan memakan diri anda suatu hari kelak.
Sumber: Facebook/Farahani Husni via Terengganu Times
The post ‘Awak Dah Kahwin Ke Nak Tegur Orang Macam Ni?’ – Ibu Berang Apabila Ditegur Mengabaikan Anak Di Restoran appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Awak Dah Kahwin Ke Nak Tegur Orang Macam Ni?’ – Ibu Berang Apabila Ditegur Mengabaikan Anak Di Restoran