Setiap bulan, wanita akan menderita sakit datang bulan atau period ini. Setiap orang berbeza sakitnya, ada yang hanya rasa lenguh-lenguh dibahagian pinggang, ada pula yang terlalu sakit sehinggakan tidak boleh bergerak langsung apabila diserang sakit period.
Penting untuk setiap wanita menjaga kebersihan dalaman, terutamanya selepas period. Banyak produk yang berasaskan semulajadi dijual di pasaran bagi membersihkan dalaman wanita selepas period.
Penggunaan bahan-bahan makanan seperti halia, kunyit, halba, madu dan sebagainya itu menjadi antara ramuan popular yang sering digunakan di dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan. Malah dikatakan ramuan-ramuan tersebut mampu merawat dalaman wanita.
Diakui dengan mengamalkan petua-petua ini ada kebaikannya jika serasi. Ini sebagaimana yang diamalkan oleh Kak Esah Lah untuk penjagaan kecantikan dalaman dan luarannya iaitu dengan minum air herba buatannya sendiri.jamu selepas period, petua cuci dalaman wanita, petua bersihkan dalaman wanita, petua cantikan dalaman wanita, jamu buat sendiri, home made jamu, minuman jamu
Menurutnya, “ Nak cantik, nak sihat dalaman tak perlu belanja mahal-mahal. Yang penting kena rajin. Ni la yang Kak Esah dok amal tiap kali lepas period untuk pulihkan kembali sistem-sistem dalaman kita orang perempuan ni. Tak susah pun, guna ja apa yang ada kat dapur tu.
“Halia,kunyit,halba,asam keping n madu ja. Kalau ada manjakani boleh masuk sekali..Ni Kak Esah tak masuk sebab stok manjakani kat umah dah habis. Masuk air penuh periuk,rebus sampai tinggal setengah.
“Simpan dalam peti ais amal minum tiap-tiap malam sampai habis. Perut pun boleh kempis!”
Bahan-bahan:
Halia
Kunyit
Halba
Asam keping Madu
Cara buat :
Masukkan air seperiuk, dan rebus sehingga menjadi setengah periuk.
Sedia untuk diminum setelah suam.
Selebihnya simpan di dalam peti sejuk. Minum setiap hari sehingga habis.
Moga manfaat untuk anda, kongsikan kepada rakan-rakan anda
Sumber: Petuaibu.com
The post Petua Penting Untuk Wanita Selepas Period Yang Anda Wajib Amalkan! appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Petua Penting Untuk Wanita Selepas Period Yang Anda Wajib Amalkan!