Untuk menjaga anak kecil bukanlah mudah seperti yang dijangka, ramai yang berpendapat;
‘Apa yang susah sangat hendak jaga, budak aje pun’
‘Tak susah pun jaga budak kecil, bagi mainan, bagi makan, tido, ok la’
Namun hakikatnya bukan mudah, perlukan kesabaran tang besar dan juga tahap mental yang kuat. Jika anda rasa menjaga anak seperti ‘makan kacang’ mungkin anda dari golongan yang belum berkahwin dan belum pernah merasa susahnya menjaga anak.
Walaupun terasa susah, percayalah, apabila mereka membesar kelak, anda akan mula rindukan mereka ketika mereka masih kecil. Anda akan rasa sunyi tidak seperti dahulunya, apabila dewasa mereka mepunyai tumpuan lain selain ibu bapa, dan ketika itu anda akan berbisik ‘rindunya anak-anak masa kecil dulu, boleh main-main, rumah pun riuh’. Pasti semua ibu bapa pernah memikirkan perkara yang sama.
Kami ada tanya dua pasangan ibu bapa ni macam mana diorang didik anak untuk menjadi anak yang berani bersuara dan pandai berdikari.
“Biar je diorang explore, yang penting kita pantau” -Faraliza
Puan Faraliza, ibu kepada dua orang anak berumur 6 dan 4 tahun ni mengakui, memang penat bila anak-anak tengah membesar ni.
“Pantang tinggal, ada je benda yang diorang buat. Tapi saya percaya, semua tu adalah proses untuk diorang mengenal dan mencuba perkara baru. Normal lah bila anak kecil ni ada sikap ingin tahu yang sangat tinggi, barulah diorang boleh berfikir dengan kreatif dan out of the box. Bila diorang explore benda baru, slowly akan develop sikap berani dan berdikari dalam diri.
Tapi yang paling penting,
“Dalam biar-biar tu, kita sebagai parents kenalah selalu pantau dan perhatikan tingkah laku diorang. Jangan leka. Karang, lain jadinya! Sebab tu ada pepatah, “Jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak seorang”.
“Lagi bagus, kalau kita buat aktiviti bersama-sama. Macam saya, bila ada aktiviti zumba atau berbasikal, saya akan bawak sekali anak-anak. Biar diorang join. Seminggu sekali, saya dan suami wajib bawak diorang buat aktiviti luar macam pergi tasik, taman burung, zoo dan lain-lain. Bukan saja diorang enjoy dan seronok, kita pun boleh bonding dan rapat dengan anak-anak”.
“Layan anak macam bff, parents bagai cermin anak-anak” – Nurul
“Saya selalu takut bila fikir satu hari nanti kalau anak saya dah remaja dan tak selesa untuk kongsi masalah serta berahsia dengan saya. Like, I’m their mother and I’m always here for them.”
Boleh layan macam bff, tapi
“Sebab tu, saya layan diorang macam bff dengan selalu dengar apa saja yang mereka nak cakap. Lepas tu, barulah nasihat. Dengan cara ni, diorang akan lebih hormat, open untuk berkongsi dan yakin untuk buat keputusan.”
“Lagi satu, saya sangat percaya yang anak-anak ni akan tiru apa yang parents buat. So, we have to be extra careful. Kena jaga cara bercakap, cara kawal emosi dan tingkah laku, sebab budak-budak ni macam span. Apa yang diorang tengok, itulah yang diorang akan tiru. Kalau baik ibu bapa, baiklah anak-anaknya”.
Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak, yang pasti ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Sumber: Ohbulan.com
The post ‘Jaga Lembu Sekandang Lagi Senang Dari Jaga Anak’ – Perkongsian 2 Pasangan Ini Bukti Didik Anak Bukan Mudah appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Jaga Lembu Sekandang Lagi Senang Dari Jaga Anak’ – Perkongsian 2 Pasangan Ini Bukti Didik Anak Bukan Mudah