Pendatang baru yang kini namanya semakin melonjak naik selepas beliau berlakon dalam drama Mencintaimu Mr Photografer hasil gandingannya dengan Syafiq Kyle.
Artis Hannah Delisha ini sebenarnya berasal dari negara Singapura dan mencuba bakatnya di Malaysia. Baru-baru ini terdapat cerita panas dari netizen tentang dirinya dan dia juga mengakui lebih selesa untuk mendiamkan diri tentang keputusannya untuk terlibat dalam bidang nyanyian.
Beliau mungkin akan tampil dengan single yang pertama yang bertajuk Esok Masih Ada. Hannah ni masih berusia 21 tahun dan dia menyatakan yang dia pernah menghasilkan dua buah lagu single sebelum ini bertajuk Rentak dan Anugerah.
“Saya memang penyanyi dan sebenarnya sudah mula serius menyanyi sejak tiga tahun lalu. Namun tidak ramai tahu kerana saya lebih dikenali sebagai pelakon di sini.
“Tidak dinafikan ramai juga yang kecam dan mempertikaikan nyanyian saya sejak muzik video Esok Masih Ada dimuat naik di YouTube. Syukur ada peminat yang tahu mempertahankan saya dan tolong menjelaskan bahawa saya memang penyanyi.
“Namun saya sendiri tidak mahu balas komen atau kecoh-kecoh terhadap komen mereka supaya hal itu tidak diperbesarkan. Alhamdulillah, sambutan terhadap lagu itu sangat memberangsangkan dan sudah mencecah tontonan lebih 1 juta,” katanya.
Hannah Delisha juga pernah di sunting oleh Label Alibi Music dan pernah menjadi artis naungan pada tahun 2014. Beliau juga masa itu sangat aktif menyanyi dan berlakon di Singapura negara tercinta.
Walau apapun yang diperkatakan Hannah Delisha lebih selesa untuk mendiamkan diri daripada membuat hal ini menjadi berterusan. Semoga kerjayanya di Malaysia seperti Pisang Goreng dan rezekinya tidak akan pernah putus.
Sumber: Hmetro
The post ‘Lebih Baik Diamkan Diri’ – Hannah Delisha appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Lebih Baik Diamkan Diri’ – Hannah Delisha