“Apa ni semua kotor? Macam mana nak kahwin ni?” – Demikian keluh netizen (lelaki) yang kesal melihat gambar-gambar rumah pelajar perempuan yang tidak dinyatakan lokasinya.
Tempat kediaman itu disediakan oleh pihak IPT. Satu pemeriksaan mengejut telah dilakukan di rumah pelajar perempuan. Apa yang memeranjatkan, semua rumah yang dihuni para pelajarnya adalah kotor dan ada pelajar yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Belajar pandai-pandai sekalipun jika tidak pandai menjaga kebersihan diri pun tidak boleh juga. Segalanya perlu seimbang. Lelaki zaman sekarang bukan mahukan wanita yang hanya bijak, malah tahu bagaimana menguruskan kebersihan diri.
Oleh kerana berang dengan tindakkan pelajar-pelajar tersebut, pihak berkenaan memberikan amaran kepada para pelajar agar patuh pada peraturan. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak pengurusan akan menarik balik semua kemudahan yang diberikan selama ini.
Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan, ada pelajar yang membawa dapur elektrik dan periuk nasi. Peti ais yang asalnya disediakan bagi tujuan menyimpan ubat-ubatan juga telah disalahgunakan dengan meletak barang makanan.
Keadaan bilik yang tidak kemas, meja bersepah, dinding penuh dengan kotoran dan kesan double tape, kerusi patah, kasut bersepah dan plastik sampah yang sudah penuh dan berulat juga diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Keadaan di bilik air yang penuh dengan kotor di dinding, sinki dan juga tandas membuatkan netizen rasa kembang tekak melihat keadaan itu. Sampah sarap juga dibuang dalam bilik air.
Lebih menjijikkan lagi, ada pelajar yang meletak pinggan mangkuk mereka di atas penutup tandas duduk.
Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku!
Jadilah perempuan yang tahu bagaimana untuk menguruskan diri, menjaga kebersihan diri. Malu jika lelaki melihat perangai anda yang pengotor itu. Jika mahukan hantaran yang tinggi, biarlah sesuai dengan gayanya.
Sumber: Thereporter.my
The post ‘Macam Mana Hendak Beri Hantaran 20K Kalau Tandas Macam Ni!’ – Rumah Pelajar Perempuan Dikecam Netizen appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Macam Mana Hendak Beri Hantaran 20K Kalau Tandas Macam Ni!’ – Rumah Pelajar Perempuan Dikecam Netizen