Musim cuti sekolah adalah musim orang berkahwin, bulan yang penuh dengan undangan perkahwinan. Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pastinya sangat teruja untuk meraikan hari bahagia.
Namun, jika apa yang dirancang tidak menjadi apabila butik berkenaan gagal menyiapkan tempahan, apa yang harus dilakukan? Sedangkan tarikh perkahwinan sudah hampir, baju pengantin belum siap, pelamin yang indah khabar dari rupa, sudah pasti membangkitkan kemarahan bakal pengantin.
Seharusnya hari persandingan menjadi hari yang paling bahagia bagi bakal pengantin, namun bagi Dayangku Anne, impian memakai baju pengantin yang ditempah hancur berkecai selepas busana pengantin itu gagal disiapkan.
Video tersebut menjadi viral setelah beberapa pelanggan ‘menyerang’ butik pengantin tersebut kerana gagal menyiapkan tempahan walaupun duit sudah dibayar.
“Nak sanding, baju tak siap. The stupid a.k.a bangang wedding planner story.
“Inform baju nikah tak siap jam 10 malam. Kau ingat butik lain bukak 24/7 ke? Pelamin pula tak semengah harga RM1,500. Lain yang dijanjikan, lain yang dapat macam jahanam.
“Baju sanding jam 12.30 baru kalut nak gam manik bagai. Ayat dia (pihak butik), ‘Nak pakai, pakai. Tak nak pakai, buang ke longkang’.
Karpet tak disediakan, kita pula yang kena cari sendiri. Sampin dan tengkolok tak ada, kata kain tak terima. Minta nombor tailor, diberi nombor bangla yang tak wujud.
“Konon ada gangster backup, kau ingat gua hairan ke?”
PART 1
Posted by DayangKu Anne on Saturday, 2 December 2017
PART 2
Posted by DayangKu Anne on Sunday, 3 December 2017
PART 3 – baju baru lekat manik
Posted by DayangKu Anne on Sunday, 3 December 2017
Indah khabar dari rupa,Apa yang dijanjikan nampaknya langsung tidak menepati apa yang dikehendaki.
Lain dari gambaran.
Sumber: Facebook/Dayangku Anne
The post ‘Nak Pakai, Pakai, Tak Nak Pakai, Buang!’ – Wedding Planner Buat Hal Lagi appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Nak Pakai, Pakai, Tak Nak Pakai, Buang!’ – Wedding Planner Buat Hal Lagi