Kegiatan gejala sosial ini bukanlah satu perkara yang masih baru yang berlaku di negara kita. Kebanyakkan golongan remaja seperti tidak dapat lari dari kegiatan yang tidak bermoral ini. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan supaya anak-anak tidak terjerumus ke dalam kancah penzinaan.
Baitus Solehah telah berkongsi tentang kisah hidupnya yang sangat tragis di laman sosial facebook. Dapatkan anda membayangkan dari segi logik, ketika seorang lelaki dengan tiada perasaan telah menanam bayi dari hasil darah dagingnya sendiri yang masih lagi merah semata-mata hanya untuk menutup kegiatan maksiat yang telah dilakukannya.
Apa yang paling mengharukan di sini, pasangan ini seakan-akan langsung tiada perasaan ketika melakukan perbuatan berkenaan.
Remaja perempuan itu menyerah diri
Teman lelaki remaja perempuan itu tanam bayi hidup-hidup.
Apabila jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.00 malam, saya terkejut melihat berita bila sepasang pasangan kekasih telah pergi ke Jabatan Kecemasan kerana remaja perempuan itu telah tumpah darah kerana mengalami kecederaan yang teruk.
Selepas sampai sahaja remaja perempuan itu ke bilik kecemasan, selepas melakukan sesi scan dan diperiksa, pihak bertamggungjawab telah menyuruh remaja perempuan itu batuk dan uri pun terus terkeluar. Hasil siasatan kepada bentuk uri, remaja perempuan ini dipercayai telah melahirkan anank dalam kandungannya dan kandungannya dalam sekitar lapan bulan.
Sejurus saja bayi itu dilahirkan, lelaki terbabit terus membawa bayi berkenaan dan terus menanamnya di sebuah kawasan kampung.
Banyak pengajaran dari kes ini.
Tumpah darah
Kes ini pasti tidak akan diketahui jika remaja perempuan itu tidak mengalami pertumpahan darah.
Simpan rahsia
Tiada seorang pun yang akan tahu apa yang berlaku apabila sudah mengandung. Adakah hidup, mati ataupun dalam keadaan koma.
Jangan pandang mudah
Jangan sesekali fikir perkara sebegini dengan mudah. Sudahlah berzina,beranak lepas tu anak boleh pula tanam hidup-hidup untuk tutup kesalahan sendiri.
Allah Swt maha mengetahui semuanya
Allah maha berkuasa dan maha melihat. Allah Swt tidak mungkin membiarkan perkara sebegitu berterus-terusan dan membiarkan perkara terkutuk itu.
Maka mana mana pasangan kalau dah berzina jangan pandai pandai nak tutup maksiat dengan menyembunyikan kandungan dan kelahiran. Cukup cukup sudah dosa dosa yang dilakukan, bertaubatlah!
Sabit kesalahan pasangan ini ialah menyembunyikan kelahiran hingga menyebabkan kematian. Membunuh!
Nasihat bagi pasangan-pasangan yang tengah mabuk cinta di luar sana. Janganlah anda melakukan perkara terkutuk yang amat dimurkai oleh Allah Swt. Walaupun anda telah melakukan zina, janganlah anda pandai-pandai membuat keputusan sendiri dengan membinasakan nyawa kecil yang tidak berdosa semata-mata ingin menutup kesalahan yang telah kamu buat. Cukuplah dari membuat dosa dan bertaubatlah kepada Yang Maha Esa.
Pasanagn ini akan dihadapi dengan hukuman kerana telah menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian dan juga membunuh.
Sebelum ingin melakukan sesuatu yang dosa, hendaklah anda sentiasa ingat kepada Tuhan dan berdoalah agar anda sentiasa di jauhi dari perkara jahat.
Sumber: Sehinggit.blogspot.my , Baitus solehah
The post Pasangan Kekasih Didapati Telah Menanam Bayi Hasil Dari Perbuatan Terkutuk Mereka Sehingga Mati appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Pasangan Kekasih Didapati Telah Menanam Bayi Hasil Dari Perbuatan Terkutuk Mereka Sehingga Mati