Satu kajian terbaru membuktikan bahawa perempuan bergosip mengenai perempuan lain untuk membuat diri mereka nampak lebih baik. Ya, walaupun tidak semua perempuan sepertti ini. Tetapi, mungkinkah anda pernah melakukannya, bukan?
Pengkaji, Tania Reynolds mengatakan bahawa idea gosip seringkali berasal dari perempuan yang sering menyebarkan desas-desus tentang perempuan lain dengan maksud untuk bergaya dan ancaman. Mereka akan berpakaian secara provokatif agar dianggap lebih cantik, seperti memetik dari laman bravotv.com.
Selain itu, Tania juga mendapati bahawa perempuan yang lebih kompetitif akan lebih sering bergosip. Orang-orang akan lebih memperhatikan perhatian pada informasi peribadi yang negatif, kerana dapat dijadikan sebagai indikasi kebenaran diri sendiri.
Sedangkan gosip jarang terjadi di kalangan lelaki adalah kerana mereka bersaing secara lebih terbuka, fizikal, dan konfrontatif. Perempuan sejak awal memang merupakan agen yang aktif bersaing untuk mitra sosial dan hubungan romantis mereka.
Ramai perempuan mudah berubah, terutama ketika bertemu dengan perempuan lain yang dianggap sebagai ancaman. Hipotesis gosip di antara perempuan adalah untuk merosak daya tarikan sosial dari saingan romantis yang paling mengancam.
Yang lebih menarik, ramai perempuan bergosip mengenai perempuan yang mereka sukai. Pola ini menunjukkan bahawa perempuan juga dapat menyebarkan informasi negatif kepada kawan sendiri.
Perempuan membingkai gosip dengan kekhuatiran tanpa tampil berniat jahat. Hal ini membuat kemungkinan bahawa perempuan melakukan gosip tanpa menyedari bahawa mereka sedang bergosip.
Apa yang boleh dilakukan untuk menghilangkan tabiat bergosip? Yang penting adalah anda harus menyedari bahawa anda tengah melakukannya.
Jika anda adalah seorang yang kompetitif, strategi terbaik sebenarnya adalah menyebarkan informasi positif, bukannya dengan gosip.
The post Apa Sebabnya Perempuan Suka Bergosip Mengenai Perempuan Yang Lain? appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Apa Sebabnya Perempuan Suka Bergosip Mengenai Perempuan Yang Lain?