Jika anda antara salah seorang yang sangat suka tidur lewat, anda harus tahu bahawa risiko untuk mendapat penyakit merbahaya itu tinggi berbanding mereka yang suka tidur awal.
Dan oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w tidak pernah tidur lewat. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w lebih mengetahui baik buruk setiap sesuatu perkara.
Diantara kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah, dia tidak suka tidur lewat. Jika tidak ada urusan penting baik tentang dakwah ataupun jihad maka ia menyegerakan tidur setelah sholat Isya ‘kemudian bangun di tengah malam atau sepertiga malam untuk shalat tahajjud atau qiyamullail.
Pada zaman serba moden ini, ada diantara anda terpaksa membawa kerja pejabat ke rumah dan mengambil masa yang panjang untuk menyiapkannya. Ada yang terpaksa berjaga tengah malam , dan ada yang sehingga pagi.
Terdapat kesan buruk untuk badan anda jika anda sering tidur lewat, antaranya ialah,
Sistem imum menjadi lemah
Tidur lewat malam terbukti mempengaruhi rosaknya sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.
Kencing Manis atau Diabetes
Tidur lewat malam juga merosak hormon di tubuh. Akibatnya tubuh tidak toleransi terhadap glukosa kerana jumlah insulin menurun. Orang yang tidur lewat malam menjadi lebih mudah mendapat penyakit Diabetes.
Sakit Kepala Hingga Kerosakan Otak
Tidur lewat menyebabkan otak tidak dapat berehat dengan baik, tidur lewat malam membuatkan istirehat tidak efektif. Ketika bangun kepala terasa berat, itulah tanda gegar otak kecil sedang menyerang. Jika dibiasakan, terus menerus dalam waktu berpanjangan, kerosakan otak boleh mengancam.
Kanser Hati
Melalui penelitian para doktor di National Taiwan Hospital menemukan bahawa tidur lewat malam dan bangun terlalu siang merupakan penyebab utama kerosakan hati.
Aisyah radhiyallahu ‘anha menjelaskan kebiasaan beliau ini:
مَا نَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَلَا سَهِرَ بَعْدَهَا
Rasulullah shallaallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah tidur sebelum waktu isya’ dan tidak pernah begadang setelahnya. (HR. Ahmad; shahih)
Ibnu Qayyim Al Jauziyah menjelaskan dalam Zadul Ma’ad: “Termasuk kebiasaan beliau adalah tidur di awal malam dan bangun di bahagian akhirnya. Terkadang ia begadang di awal malam untuk mengurusi berbagai kepentingan orang-orang miskin. ”
Sumber: Tvceramah.com
The post 4 Penyakit Yang Boleh Menyerang Anda Jika Sering Tidur Lewat appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel 4 Penyakit Yang Boleh Menyerang Anda Jika Sering Tidur Lewat