Antara 5 Selebriti Malaysia Yang Hidap Kanser Dan Penyakit Serius

Antara 5 Selebriti Malaysia Yang Hidap Kanser Dan Penyakit Serius - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Antara 5 Selebriti Malaysia Yang Hidap Kanser Dan Penyakit Serius, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Kanser adalah pembunuh no 1 manusia, tidak kira lelaki mahupun wanita, mereka tidak terkecuali dari penyakit berkenaan.

Kanser dikatakan berlaku apabila seseorang itu tidak menjaga pemakanannya, malah ada juga mengidap kanser kerana keturunan.

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penyanyi dan pelakon Elyana menghidap penyakit kanser sejak 7 tahun lalu.

Ianya adalah berita sedih bagi peminat-peminatnya, siapa sangka Elyana selama ini mengidap penyakit kanser. Kerana Elyana nampak begitu tabah dan bersahaja dalam mengharungi liku-liku kehidupannya sebagai penyakit kanser tahap 4.

Penyakit kanser antara penyakit yang membawa maut. Namun ianya masih boleh diubati. Selain Elyana, kami senaraikan 4 selebriti Malaysia lain yang pernah menghidap penyakit kanser.

Nazim Othman

Nazim Othman disahkan menghidap penyakit di bahagian otak. Ianya berlaku sekitar tahun 2015. Ada yang mengatakan Nazim menghidap kanser otak. Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya. Pembedahan tersebut berjaya dan kini Nazim lebih sihat dan menjalani hidup lebih kuat.

Ras Adiba

Pada tahun 2002, penyampai berita Ras Adiba Radzi jatuh ketika mahu mengambil barang di dalam almari yang tinggi. Dia menyangkakan bahawa ianya hanyalah cedera ringan dan terseliuh sahaja. Ketika bangun dari katil untuk ke tandas, dia terjatuh lagi, dan langsung tidak dapat bergerak. Kakinya mula tidak terasa dan disahkan lumpuh separuh badan.

Ifa Raziah


Ifa Raziah tidak menyangka sakit perut yang dialaminya rupa-rupanya menghidap empat penyakit bahagian dalaman. Ifa mengalami masalah bengkak hati, hiatus hernia di bahagian usus besar, refluks asid dan ketumbuhan fibroid dalam rahim sebesar tiga sentimeter. Ifa menjalani pembedahan selama tujuh jam dan kini dia semakin pulih serta semakin aktif dalam dunia hiburan.

Amin hayat

Pembaca berita TV9, Amin Hayat pernah melalui saat getir berdepan masalah keguguran rambut yang kronik atau dikenali sebagai alopesia. Amin mengejutkan penonton berita di saluran TV9 selepas tampil dengan imej tanpa rambut atau botak ketika bersiaran. Alopesia menyebabkan keguguran rambut di bahagian belakang kepala secara bertompok-tompok dan dia memutuskan membotakkan kepala untuk kelihatan kemas.

Elyana Emrizal


Penyanyi Elyana membuat pengakuan bahawa dia menghidap kanser limfoma tahap 4. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu penyingkirannya dalam program Gegar Vaganza 4 (GV4). Elyana berkata dia disahkan menghidap penyakit itu sejak tujuh tahun lalu. Namun, dia membuat keputusan untuk berhenti melakukan rawatan kimoterapi kerana mahu tumpukan pada persembahan Gegar Vaganza.

Dia berkata, jika melakukan kimoterapi, dia akan terperap sahaja dan dalam keadaan murung, oleh itu dia membuat keputusan untuk berserah 100% kepada ketentuan Allah s.w.t sahaja.

Jangan ambil endah jika badan anda mengalami perubahan, jika anda rasa perubahan itu begitu ketara, anda harus segera berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan lanjut.  Cegah sebelum terlambat!

Sumber: Hanasuva.com

The post Antara 5 Selebriti Malaysia Yang Hidap Kanser Dan Penyakit Serius appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Antara 5 Selebriti Malaysia Yang Hidap Kanser Dan Penyakit Serius kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Antara 5 Selebriti Malaysia Yang Hidap Kanser Dan Penyakit Serius

Postingan terkait: