Nampaknya kes kahwin dengan suami orang, Izreen Azminda dikecam habis-habisan oleh netizen. Sememangnya isu berkahwin dengan suami orang memang sensitif bagi setiap wanita.
Walaupun ramai yang memanggilnya ‘perampas’, Izreen Azminda tetap tabah dan sabar menerima kecaman tersebut.
Ketika heboh perkahwinan Izreen Azminda bersama suami orang diperkatakan, ramai mempertikaikan tindakan mereka menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan isteri pertama. Ingin meleraikan kemarahan, Izreen menjelaskan keputusan itu dibuat atas permintaan suami.
Menerusi laman Instagramnya, Izreen berkata, tidak terlintas dek hatinya ingin menyorokkan hal itu, namun ia adalah di atas permintaan suaminya.
“Alhamdulilah, dan buat tatapan semua… saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya.
“Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini iaitu mengenai pernikahan saya bersama suami,” tulisnya.
Katanya, sebagai seorang isteri, dia harus akur dengan cadangan suaminya agar tidak menghebohkan tentang perkahwinan mereka itu.
“Memandangkan status saya sebagai isteri, saya terpaksa akur dgn permintaan suami. Suami minta supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua saya”
“Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini. Saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya”
Selain itu, Izreen turut memohon maaf kepada peminat kerana merahsiakan perkahwinannya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Dalam masa yang sama, Izreen berharap tiada lagi cakap-cakap mengenai hal ini sebagaimana beliau mahu melayari perkahwinanya dengan bahagia.
“Saya harap hentikanlah sebarang kenyataan yang anda sendiri tidak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga kami dan jangan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yg anda baca dan lihat,” jelasnya.
“Saya tidak perlu mencari bukti utk menunjukkan kebenaran kerana kebenaran yg sebenar akan datang dengan sendiri, biar masa yang menentukan.
“Cukuplah hanya doa yg terbaik dari anda semua dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya suami dan madu, Intan,” Katanya
Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.
Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.
Manakala, Ude dan Intan Liana Salih telah berkahwin empat tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.
Jika sudah terang-terangan ‘mengambil’ suami orang, sudah pasti dikecam. Sebenarnya situasi Izreen Azminda ini tiada yang pelik pun, ramai dikalangan kita yang berkahwin dengan suami orang, yang membezakannya ialah Izreen Azminda adalah seorang pelakon popular yang serig di ‘intai’ peminat. Jika tersilap sikit sahaja, sudah pasti akan dikecam.
Harap Izreen tabah dalam menerima kritikan dan kecaman dari netizen.
Sumber: mStar Online
The post ‘Suami Yang Minta Rahsiakan Perkahwinan Kami’ – Izreen Azminda appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Suami Yang Minta Rahsiakan Perkahwinan Kami’ – Izreen Azminda