Pada zaman sekarang, bukan hanya orang luar yang harus kita ambil langkah berhati-hati, malah ahli keluarga sendiri. Terlalu banyak kes yang melibatkan ahli keluarga sendiri, antaranya kes liwat, rogol, malah ada juga kes bunuh.
Ada dikalangan kita yang pernah diganggu abang, adik lelaki, bapa mahupun saudara lelaki sendiri. Tetapi takut untuk bersuara dan melaporkannya ke balai polis. Ini kerana faktor kekeluargaan, tidak mahu ahli keluarga sendiri menanggung malu dan akhirnya menjerat diri sendiri.
Fynn Jamal di instagramnya kongsi luahan gangguan seksual oleh bapa kandung sendiri. Kantoi bapa mengintai mangsa ketika mandi dan bapa hanya meminta maaf!
Jika ayah sendiri sudah tidak dapat dipercayai, siapa lagi yang harus kita bergantung harap untuk melindungi kita?
Kantoi diintai ayah semasa mandi
Nasihat Fynn Jamal
fynnjamal : GET. OUT. OF. YOUR. HOUSE.
.
it has stopped being your home the moment all this began.
.
pilihan yg wujud apabila kau sedari kau dijahati ahli keluarga sendiri ada dua:
.
1) cakap
2) keluar
.
Pilihan pertama: speak up
.
akan ada dua kemungkinan.
1) kena tuduh menipu
2) diberitahu yg mereka tau
Pilihan kedua: get out
.
boleh explain kenapa pd famili. boleh juga tak explain. just cakap pada famili yg kita minta perlindungan. nenek. atok. makcik. sapa2. tell them so you can get out.
.
ye. kemungkinan org tak percaya tu ada. nak pulak kita jenis nakal. ada je drama dari dulu. so nak cerita— siapa je nak percaya.
.
so bila kau rasa TAK ADA SATU PUN yg sudi nak dengar masalah kau—
ada dua pilihan.
.
1) polis
2) talian nur
.
report polis tak semestinya akan ada tangkapan. kdg2 dia bantu buat siasatan. kalau nak mengadu dan kaunseling, call talian nur di 15999. dari mana2 jenis fon. JUST CALL.
.
tell them what you feel. rasa tak selamat. rasa takut. rasa apa sahaja.
.
KECUALI rasa kotor. sebab for whatever reasons kau dijahati— it is THE RIGHTS of the child to feel safe at home.
.
it is YOUR RIGHTS to feel safe.
.
may Allah save us all, my darling sisters, from the evil doings of our family members nauzubillah.
.
and mothers,
stay alert.
dan SEBAGAIMANA kau sayang suami kau—
please dont call your children liars when they go to you.
.
the least you can do is siasat sama2.
.
kalau tak mampu buat apa2—
listen.
.
sorry guys. so emotional today. sbb selalu sgt dpt kes macam ni. last2 anak tu kena je hadap. sbb takde tempat nak pergi.
.
end up pregnant.
pastu aku kena uruskan lagi.
.
allahu akbar.
ya Allah,
save us from ourselves.
Sumber: Instagram/Fynn Jamal
The post ‘Ayah Saya Intai Saya Mandi, Dia Hanya Minta Maaf Saja’ – Luahan Mangsa Gangguan Seksual Bapa Kandung Sendiri appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Ayah Saya Intai Saya Mandi, Dia Hanya Minta Maaf Saja’ – Luahan Mangsa Gangguan Seksual Bapa Kandung Sendiri