Anak yang masih baru meniti usia pastinya mempelajari tingkahlaku sekeliling dan malah perilaku ibubapanya. Ibu bapa pasti menginginkan agar anaknya mempunyai otak yang bijak dan pintar namun masih banyak diantara mereka yang tidak tahu bagaimana cara mendidik anak.
Berikut ini perkongsian pengalaman dari seorang suri rumah tentang kejadian yang menimpa anaknya yang membuka mata ibu-bapa semua dan sama-sama kita pelajari dan ambilkan sebagai pedoman hidup.
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara.
Ini adalah kali pertama saya meminta sedikit pendapat disini. Diharap dapat disiarkan. Apa yang ingin saya perkatakan disini bukanlah perihal rumahtangga saya, tetapi ini berkenaan dengan anak saya.
Saya telah dikurniakan sebanyak dua orang anak. Anak lelaki saya masih berumur 4 tahun manakala yang perempuan masih lagi 9 bulan. Di samping itu saya jutga ada mengasuh seorang budak perempuan yang berumur 5 tahun. Pada bulan yang pertama saya mengasuh budak perempuan itu, mula-mula dia okey sahaja tiada banyak ragam. Apabila masuk sahaja bulan ke dua, budak itu mula tidak mahu mendengar kata.
Semasa saya dan juga suami sedang makan, kami telah meletakkan mereka bertiga di sebuah bilik yang khas untuk mereka bermain. Selesai sahaja saya dan suami makan,saya melihat budak perempuan itu telah menutup pintu bilik dan saya langsung tidak mengesyaki apa=apa maklumlah budak-budak.
Tidak lama selepas itu, saya mula tidak senang hati bila mendengar keadaan di bilik itu tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Apabila saya membuka pintu bilik tersebut, alangkah terkejutnya saya melihat keadaan mereka di dalam bilik. Budak perempuan berkenaan tengah berbaring di atas katil manakala anak lelaki saya berada di bawah kakinya.
Saya terus mengamuk selepas sahaja melihat situasi itu dan terus soal apa yang sedang mereka lakukan. Anak lelaki saya terus berdiri tegak dalam keadaan yang ketakutan dan saya terus membawa anak lelaki saya keluar terus dari bilik tersebut.
“Nak buat apa?!”
“Kakak suruh abang buka seluar macam kakak. Kakak suruh tindih dia,” jawab anak saya.
Allahu, terkejut betul dengar jawapan dia. Teruk juga kaki dia saya rotan dengan hanger. Budak perempuan itu tutup bilik cepat-cepat. Saya tolak, marah-marah dia.
“Kenapa bawa anak aunty buat macam tu?! Siapa yang ajar?!!” lantang suara saya memarahinya. Mungkin satu blok boleh terdengar.
Suami dengan secara tidak sengaja mendengar percakapan kami terus pergi marahkan anak lelaki kami.
“Ayah tak pernah ajar abang buat macam tu! Abang lelaki, dia perempuan, tak boleh buat macam tu!” kata suami.
“Kakak yang suruh,” jawab anak.
Jika diikutkan perasaan marah ini, memang saya rotan-rotankan budak perempuan tu. Bila mengenang itu anak orang saya batalkan saja niat. Tanpa membuang masa, saya terus kurungkan budak perempuan tadi di dalam bilik. Jika nak beritahu dekat mak dia, takut nanti mak dia pulak yang menanggung malu.
Selang dua minggu selepas itu, saya tidak menyangka perkara itu berulang lagi. Tapi kali ini makin parah pula. Budak perempuan itu telah menyuruh anak lelaki saya membuka seluar dan dia nak pergi main-main hisap kemaluan anak saya pula.
Astaghfirullahalazim!
Masa itu saya sudah hilang kesabaran dan pertimbangan terus sahaja saya merotan budak perempuan dan anak lelaki saya sekaligus.
“Mana kamu tahu semua ini?!” soal saya pada budak perempuan itu.
“Nampak mummy buat,” jawabnya.
Jika anda ingin tahu, mak kepada budak perempuan tadi sebenarnya seorang berstatus janda dan kini dia tinggal bersekedudukan bersama teman lelakinya. Hati ibu mana tidak hancur bila melihat anak saya dijadikan mangsa dengan perbuatan tidak senonoh itu. Memang teruklah nak lelaki saya kena rotan oleh ayahnya. Walaupun kami tahu tidak mungkin anak lelaki kami akan melakukan perkara sedemikian, ini kerana dia tidak tahu menahu tentang perkara-perkara sebegini.
Suami saya tidak teragak-agak dan terus merotan serta memarahi budak perempuan berkenan.
“Itulah mummy kau bodoh! Buat begitu di depan anak. Sekarang kau bawa anak uncle buat begitu,” kata suami.
Jauh di sudut hati, selepas ini saya sudah tidak mahu menjaga budak perempuan itu lagi dan teringin untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada maknya. Sampai sekarang suami saya jadi benci dan langsung tidak mahu melihat muka budak perempuan itu. Dia pasti akan memarahi budak perempuan itu jika dia datang menghampiri ataupun bercakap dengan anak kami.
Semoga apa yang dikongsikan di atas boleh menjadi iktibar buat ibu bapa di luar sana dan pandang serius dengan perkara sebegini. lagi-lagi apabila ia membabitkan kanak-kanak.
Sumber: Lipasterbang.net
The post Astaghfirullahalazim!! Akibat Melihat Kelakuan ‘Mummy’nya, Budak Perempuan Suruh Anak Lelaki Saya Buka Seluar Kerana Ingin Menghisap Kemaluan appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Astaghfirullahalazim!! Akibat Melihat Kelakuan ‘Mummy’nya, Budak Perempuan Suruh Anak Lelaki Saya Buka Seluar Kerana Ingin Menghisap Kemaluan