Kes Bunuh Di Stesen Minyak Taman Pelangi, Chef Wan Kritik Kerana Orang Awam Tidak Bertindak Untuk Membantu

Kes Bunuh Di Stesen Minyak Taman Pelangi, Chef Wan Kritik Kerana Orang Awam Tidak Bertindak Untuk Membantu - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Bunuh Di Stesen Minyak Taman Pelangi, Chef Wan Kritik Kerana Orang Awam Tidak Bertindak Untuk Membantu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Siapa yang tidak mengenali Chef selebriti terkenal di Malaysia, Chef Wan. Personalitinya yang sedikit tegas dan berani bersuara membuatkan ramai yang terkesan dengan kata-katanya.

Jika dahulunya pelakon dan pengacara terkenal pernah mendakwa terasa hati dengan kata-katanya dalam menegur, Namun hal itu sudah selesai dan mereka sudah pun berdamai.

Terbaru, kes bunuh di stesen minyak taman pelangi baru-baru ini menarik perhatiannya. Dalam satu tulisannya di laman Instagram mengkritik tindakan orang awam yang tidak membantu malah hanya melihat sahaja kejadian kes pembunuhan secara terbuka di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuan Ismail telah memuat naik satu video yang menunjukkan rakaman kejadian tersebut di laman instagram beliau.

Beliau dalam tulisan itu melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak menolong mangsa dan hanya melihat sahaja kejadian itu berlaku.


Dalam status tersebut Chef wan berkata,

“Sakit hati tengok video yang viral pagi ni, seorang lelaki dibunuh. Apa yang lebih menyedihkan dan kesian adalah tiada siapa pun yang mahu membantu menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Apa akan jadi dengan rakyat Malaysia bila berlaku kekejaman yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Rakam kejadian itu juga membantu pihak polis. Walaubagaimana pun, untuk kes ini dah terlambat. Jika keluarga kita atau kita sendiri mati katak macam tu bagaimana?

Apa yang terjadi sangat menyedihkan sebab tiada siapa yang ingin membantu. Juga bagaimana seseorang bertindak dalam situasi tersebut tanpa membahayakan diri kita. Saya harap ada yang menelefon pihak polis dengan segera.”

Kata-kata Chef Wan itu telah mendapat komen dan reaksi yang berbeza dari netizen yang memberikan pandangan terhadap kritikan Chef Wan itu.”Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya rasa semua yang tengok kejadian itu terkejut dan panik. Nak tolong pun ragu-ragu sebab penjenayah itu bersenjata.” – Serena Raif

“Nak tolong? Siapa berani nak tolong? Silap-silap sendiri yang kena tikam. Ingat lagi seorang lelaki ditikam mati kerana cuba menangkap peragut. Apa yang berlaku pada anak dan isterinya sekarang? Siapa yang menyara keluarga dia?” – Akula Isham

“Saya yaki pasti ramai yang terdetik rasa ingin membantu dan ada yang telah menghubugi polis. Tetapi mereka lebih memikirkan keselamatan diri terlebih dahulu. Chef Wan patut lebih rasional bila berkata-kata,” – Mohd Amran Idris

Terdahulu, seorang lelaki telah dibunuh dengan kejam di sebuah stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini yang mana video kejadian tersebut telah tular di laman sosial. Kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Siakapkeli.my

The post Kes Bunuh Di Stesen Minyak Taman Pelangi, Chef Wan Kritik Kerana Orang Awam Tidak Bertindak Untuk Membantu appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Kes Bunuh Di Stesen Minyak Taman Pelangi, Chef Wan Kritik Kerana Orang Awam Tidak Bertindak Untuk Membantu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Bunuh Di Stesen Minyak Taman Pelangi, Chef Wan Kritik Kerana Orang Awam Tidak Bertindak Untuk Membantu

Postingan terkait: