Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, pasti inginkan zuriat yang soleh dan solehah. Namun bukan semua pasangan bernasib baik seperti sesetengahnya yang berkahwin terus diberikan rezeki zuriat.
Ada yang bertahun-tahun kahwin, tetapi mereka diuji dengan lambatnya kehadiran zuriat. Ada yang 5 tahun menunggu, malah ada yang sehingga 10 tahun. Setaip manusia diuji dengan pelbagai ujian, ini kerana Allah s.w.t masih sayang la kita diuji.
Pelbagai cara tealh dicuba, ikhtiar demi ikhtiar, namun masih juga tiada zuriat, jalan yang boleh diambil adalah berdoa dan meminta kepada Allah supaya dikurniakan rezeki menimang anak sendiri. Cara seorang wanita, Liyana Kamal berdoa mengubah hidup dia dan suami 180 darjah kemudiannya.
Mari kita baca perkongsian ini, moga ianya memberi inspirasi kepada anda yang sehingga kini masih belum memiliki zuriat. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang berkuasa atas segalanya.
Saya stress doa tak dimakbulkan Allah
Satu ketika dulu saya selalu berdoa “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah. Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu doa yang luar biasa oleh seorang ustaz ni.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa.
Tukar cara doa lebih bahagia, reda
Maka ustaz tu ajarkan saya alter doa saya. Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
Jadi kita lebih tenang dan redha ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.
Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
Amin.
Strukturnya doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yg saya share ni dapat sama2 kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun..
Allah reserve doa untuk jaga hubungan kita dengan Dia
Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu… asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya…
Kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reserve kan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah yang Maha mengetahui. jadi kita kena belajar untuk redha…
Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha… insya Allah
Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah. Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja.
Setiap ujian itu harus dijalani dengan hati yang ikhlas dan redha. Allah s.w.t lebih tahu mengapa kita belum dikurniakan cahaya mata. Apabila tiba masa sesuai, insyaAllah rezeki akan hadir.
Sumber: Ohbulan
The post ‘Saya Tertekan, Setiap Hari Berdoa, Tetapi Doa Tidak Makbul’ – Lama Menunggu Zuriat, ‘Alter’ Doa Mengubah Hidup Wanita Ini Selamanya appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Saya Tertekan, Setiap Hari Berdoa, Tetapi Doa Tidak Makbul’ – Lama Menunggu Zuriat, ‘Alter’ Doa Mengubah Hidup Wanita Ini Selamanya