Apa yang terlintas difikiran kebanyakkan lelaki? Adakah mereka berkahwin hanya inginkan hubungan kelamin semata-mata ataupun sebaliknya. Apakah mereka memikirkan untuk hidup bersama sepanjang hayat?
Adakah kerana terpengaruh dengan kata-kata rakan dan si suami sanggup membuat keputusan untuk si isteri melakukan pembedahan semasa bersalin walaupun si isteri langsung tiada masalah untuk melahirkan secara normal.
Antara soalan yang diajukan, “Saya mengandung sudah enam bulan dan suami pula menyuruh saya bersalin dengan cara pembedahan. Adakah hospital kerajaan akan membenarkan jika kita meminta?”
“Saya juga turut bertanya kepada suami, apa sebabnya dia meminta saya melahirkan anak dengan cara pembedahan. Ini jawapannya.
“Nanti awak punya ‘tut’ tak diusik. Kalau dah bersalin, nanti bila ‘main’ tak syok.”
Selepas itu saya terus tanya lagi, dari mana dia tahu semua perkara itu? Jawab suami, banyak kawan-kawan dia yang ‘makan luar’ disebabkan bini mereka punya dah tak ketat dan longgar.
Apa lagi, naik terus darah saya! Saya terangkan pada dia yang mak saya dah lahirkan sebanyak tujuh orang anak dan dia langsung tak pernah lahirkan anak secara melakukan pembedahan.
“Kau memang dasar keparat!” saya terus tumbuk bahu dia.”
“Kalau nak bersalin secara pembedahan, sila sediakan duit untuk bersalin di hospital swasta!” bentak saya pada suami.
Si suami terus membisu tak berani nak bersuara lagi.
Dalam hati saya memang menyumpah seribu bahasa. Kalau nak diikutkan hati nak saja saya lari.
Kebanyakkan netizen menyuruh si isteri ikutkan sahaja permintaan si suami tapi dengan bersyarat, si suami juga harus melakukan pembedahan yang sama dan masa yang sama baru adil.
“Alah, operate je la. Ajak dia sekali. Kau operate keluarkan anak, dia operate keluarkan telur sebab perangai dia serupa pondan tak ada otak.
“Duit pun tak ada, nak demand macam-macam. Swasta pun tak boleh nak bayarkan, memang wajiblah buang telur lelaki seperti ini.” – Akimi Hacchi.
Seharusnya sebagai seorang suami, sepatutnya kita lebih memahami isteri kita. Tanya apa keperluan yang diperlukan. Bukannya kita lebih dengar apa yang kawan kita katakan.
Tak semua apa yang kawan kita cakap tu masuk akal. Ingat kahwin ni hanya nak sedap saja ke? Hargailah pengorbanan isteri yang sanggup menahan sakit semata-mata ingin melahirkan tanda cinta. Janganlah pula sakitkan hati si isteri.
Sumber: Thereporter.my
The post Suami Sanggup Suruh Isteri Melahirkan Secara Pembedahan Kerana Takut “Tutt” Longgar, Akibat Pengaruh Dari Kawan-Kawan appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Suami Sanggup Suruh Isteri Melahirkan Secara Pembedahan Kerana Takut “Tutt” Longgar, Akibat Pengaruh Dari Kawan-Kawan