‘Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu’ – Pendedahan Syatilla Melvin

‘Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu’ – Pendedahan Syatilla Melvin - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu’ – Pendedahan Syatilla Melvin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Sesuai dengan popularitinya, Shaheizy Sam boleh dikatakan seorang pelakon hebat dan seringkali dapat memberikan penjiwaan watak yang amat berkesan kepada para penonton.

Tak kiralah watak sebagai hero atau watak antagonis, selalunya dapat memberi kesan yang mendalam kepada para penonton.

Disebabkan kehebatan lakonannya dan juga bakatnya amat luar biasa, Shaheizy Sam pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sebanyak 3 kali.

Terbaru, Shaheizy Sam telah membuat transformasi ke atas dirinya untuk menjayakan sebuah filem. Shaheizy Sam sanggup membuat perubahan bentuk badannya semata-mata untuk menjayakan watak dengan berkesan.

Baru-baru ini, pelakon Shaheizy Sam sanggup menurunkan berat badan sehingga menampakkan perubahan yang sungguh ketara di dalam filem Pinjamkan Hatiku.

Bagi pelakon ini, apa yang dilakukannya itu adalah untuk menghayati watak Naufal yang dibawakannya di dalam filem tersebut.

Filem ini telah menerima reaksi positif dari para pengkritik filem Malaysia apatah lagi dengan lakonan mantap Shaheizy Sam.

Selain itu, tindakan Sam menurunkan berat badan secara drastik itu juga mengundang rasa bimbang terhadap peminat. Apa tidaknya, Shaheizy Sam telah kehilangan 10 kilogram hannya dalam masa sebulan.

Bagaimanapun untuk pengetahuan anda, kadar penurunan 10 kilogram yang dilakukan Shaheizy Sam itu sebenarnya adalah dengan tunjuk ajar jurulatih profesional dan bukannya dilakukan tanpa sebarang rujukan.

Memang bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan sekiranya membuat diet ekstrim tanpa rujukan pakar.

Filem Pinjamkan Hatiku lakonan Shaheizy Sam, Ayda Jebat dan Farid Kamil yang bakal berada di pawagam berdekatan anda pada 30 November ini.

Kemudiannya, Shaheizy Sam telah menaikkan semula berat badannya untuk filem Polis Evo 2. Shaheizy Sam telah tampil dengan bentuk badan yang sasa dan sado, memang habis berketul-ketul otot Shaheizy Sam.

Perbezaan gambar badannya:

Memang salute kepada Shaheiz Sam dengan pengorbanannya dan juga dengan commitment yang tinggi untuk menjayakan sesuatu watak.

Namun sebenarnya ramai tidak tahu tentang kesukaran dan kesusahan yang Shaheizy Sam lalui untuk membuat sebegitu.

Syatilla Melvin mengakui emosi suaminya Shaheizy Sam agak terganggu sepanjang mendapatkan bentuk badan yang diinginkan bagi menjayakan sesebuah filem.

Isteri Shaheizy Sam ini telah menceritakan bahawa Shaheizy Sam berusaha dengan amat keras untuk mendapatkan bentuk seperti yang dituntut dalam wataknya.

Syatilla ditemui pada majlis pratonton filem Pinjamkan Hatiku yang diadakan baru-baru ini, telah tampil mendedahkan usaha keras Shaheizy Sam.

Pendedahan Syatilla Melvin:

“Bukan mudah untuk dia dapatkan bentuk badan seperti itu. Emosi dia terganggu setiap kali dia diet untuk mendapatkan bentuk badan berotot seperti sekarang.

“Biasalah kalau perut kosong, dia hanya mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengisi perut,”

Kata Syatilla Melvin lagi, sebagai seorang isteri, dia sudah memahami rutin diet yang dilakukan aktor berkenaan.

“Saya kenal dia sudah tujuh tahun dan faham dia marah macam mana. Dia tengok sahaja saya tahu dia marah atau tidak,”

Sam merupakan satu-satunya lelaki yang sukar difahami tetapi saya bersabar dan berjaya mengatasinya. Dia memiliki mood yang tidak menentu dan adakalanya mood swing mungkin sebab penat bekerja.

Namun saya faham dan sangat menghormati cara serta sikap dia

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Syatilla berkata, dia kini memberi perhatian terhadap anak lelakinya Syeriv yang kini berusia 6 bulan.

Komen Syatilla Melvin:

“Buat masa ini saya menumpukan perhatian terhadap Syeriv yang sedang membesar. Kami juga tiada pembantu rumah jadi tidak boleh untuk keluar bekerja lagi.

Dari sisi lain, saya menghormati kerja Sam dan dia selalu menyakinkan saya untuk tidak cepat percaya cerita-cerita negatif. Maka sebab itulah selama ini saya bersabar dan menghormati permintaan serta caranya yang tidak suka berkongsi cerita cinta kepada umum.

Sam seorang yang popular dan ramai peminat. Dia tidak suka mencampurkan hal kerja dengan peribadi. Itu saya faham dan sebab itulah saya kunci mulut apabila ramai wartawan bertanyakan kisah kami.

“Namun, saya ada juga berlakon watak kecil dalam drama Kerana Syurga Bukan Percuma bagi melepaskan rindu,”

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 8 Februari lalu di Pulau Pinang. Anak sulung mereka di beri nama Syeriv lahir pada 9 Mei 2017.

Ditambah bebanan kes LHDN

Pelakon Shaheizy Sam dinasihat menyelesaikan segala tunggakan cukainya dalam tempoh enam bulan ini sebelum prosiding kes bankrap terhadapnya difailkan pada 15 Februari tahun depan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi dan Multimedia Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslim, berkata notis bankrap yang difailkan terhadap pelakon berkenaan bertujuan melengkapkan penyampaian ganti (dokumen makluman kepada Shaheizy).

Katanya, LHDN sudah menyampaikan semua dokumen kepada mahkamah yang turut akan menetapkan tarikh prosiding sebenarnya.

“Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak, buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi,” katanya.

Masrun berkata, jika semua tunggakan dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan ini, LHDN akan menarik balik notis kebankrapan terhadap pelakon berkenaan.

“Jika dia sudah menyelesaikan semua tunggakan dan cawangan guaman kita berpuas hati, kita boleh tarik balik (notis kebankrapan).

“Ini macam kes dihadapi pelakon Nelydia Senrose yang mana kita tarik balik waran tangkap kerana dia sudah membayar cukai dalam tempoh sebelum kes difailkan di mahkamah.

“Kita berpuas hati dan tarik balik waran tangkap, ini bertujuan untuk memberi keadilan kepada pembayar cukai lain,” katanya.

Bagaimanapun, Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abd Samad, 34, dalam kenyataannya kepada media sebelum ini mengakui tidak tahu-menahu mengenai status dirinya yang diisytihar muflis.

Dakwanya, beliau belum menerima sebarang notis amaran sebelum ini mengenai isu berkenaan.

Sumber: mStar

The post ‘Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu’ – Pendedahan Syatilla Melvin appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel ‘Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu’ – Pendedahan Syatilla Melvin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Ramai Tak Tahu, Emosi Shaheizy Sam Terganggu’ – Pendedahan Syatilla Melvin

Postingan terkait: