10 Jenis Jam Tangan Pelik Pernah Tercipta Di Dunia

10 Jenis Jam Tangan Pelik Pernah Tercipta Di Dunia - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Jenis Jam Tangan Pelik Pernah Tercipta Di Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Jika anda penggemar jam tangan, pastinya anda menyukai jam tangan yang unik dan lain daripada lain. Ada sesetengah orang menjadikan jam tangan sebagai koleksi peribadi kerana ia mempunyai nilai yang semakin tinggi apabila ianya edisi terhad.

Disini terdapat 10 jenis jam tangan yang pelik dan unik pernah tercipta:

Jam Tangan Besi Samurai

 

Jam tangan ini direka oleh pereka Jepun, Hironao Tsuboi. Ia telah menjadi salah satu jam tangan dengan rupa paling luar biasa. Ia mungkin kelihatan seperti sebuah gelang biasa tetapi sebenarnya ia adalah jam tangan. Nombor cahaya antara segmen yang anda lihat itu menggunakan teknologi LED. Terdapat 3 warna yang tersendiri dapat anda pilih iaitu warna silver, Black dan Ultra marine. Menarik kan?

Jam Tangan Vanity Mirror

 

Jam tangan ini sangat unik, di mana ia di tampil dengan dua rupa sebagai cermin selain daripada membantu anda memberitahu masa semasa supaya anda tidak akan terlambat untuk aktiviti seharian anda. Fungsi LED berwarna merah terang digunakan untuk memberitahu masa, dan apabila ianya tidak diperlukan, maka ia boleh dimatikan untuk mendedahkan wajah cermin yang terletak betul-betul di muka jam tangan tersebut.

Jam Tangan Devon Tread 1

 

 

Model jam tangan ini diusahakan oleh syarikat bernama Devon yang disebut Tread 1. Seperti namanya, Tread 1 menggunakan sistem seakan-akan treadmill dengan tali yang disambung bersama dan memiliki motor yang terpisah. Waktu pula dipaparkan sebagai angka yang muncul pada tempat yang ditetapkan ketika angka tersebut berputar pada treadmill mini. Ciri-ciri istimewa yang lainnya, ia mempunyai keupayaan mikropemproses ke atas kapal, pembinaan polikarbonat “kalis peluru”, dan bateri Lithium Polymer yang boleh dicas semula yang bertahan sehingga dua minggu untuk sekali cas.

Jam Tangan Green Geek Power

 

 

Jam Tangan ala Green Lantern. Sudah siap sedia untuk terbang ke langit dan memerangi kejahatan dengan kekuatan pahlawan super? Pastinya, jam tangan ini tidak boleh membantu anda, kerana ianya tidak ada super power. Tapi jika anda ingin merasa perasaan seperti hero Green Lantern dengan sebuah jam tangan yang seakan-akan boleh meluncur melalui ruang dan waktu, anda boleh miliki Jam Tangan Green Geek Power ini. Lampu hijau jam tangan ini menyala akan membuat orang di sekitar anda rasa kagum.

Jam Tangan Space Invaders

Jam tangan ini direka dalam dua versi, iaitu satu khas untuk pada waktu pagi (dengan warna penuh), dan satu lagi untuk waktu malam. (Bersama para penyerang yang bersinar). Sesiapa yang meminati game Space Invader sudah tentu menyukai jam tangan ini.

Jam Tangan EleeNo EG3

Syarikat Jepun Tokyoflash meningkatkan reputasi mereka dalam mereka bentuk jam tangan aneh, dan reka bentuk terbaru mereka ialah ElleNo EG3. Jam tangan ini memiliki penampilan yang mewakili waktu melalui serangkaian kotak, iaitu 3 kotak di atas menunjukkan jam, 3 kotak di tengah menunjukkan minit puluhan, dan 3 kotak terakhir mewakili minit saat. Pelik kan?

Jam Tangan Peta (Map Watch)

Para jurutera Vacheron Constantin pembuat jam tangan menambahkan satu koleksi lagi jam tangan mereka, Vacheron Constantin Calibre 1126AT, sebuah kompilasi yang diperlukan untuk membuatkan masa bergerak sesuai dengan kartografis para pengembara terkenal.

Jam Tangan Kayu (Wooden Watch)

Jam Tangan WeWood Chrono ini diperbuat daripada 100% kayu asli. Ia mempunyai permukaan kayu, gelang, dan dail. Ia boleh dijadikan hadiah yang sempurna untuk seseorang sukakan alam sekitar atau yang alah kepada bahan-bahan jam tangan yang lain. Tekan butang dan lampu masa dan tarikh di bahagian permukaannya.

Jam Tangan Bingo

Jam tangan yang baru dan unik ini dipanggil Bingo dari Eleeno. Ia boleh didapati melalui Kedai Online dari Jepun Tokyoflash. Untuk memberitahu masa mungkin nampak mudah (walaupun tidak kelihatan seperti itu sebenarnya). Titik di bahagian luar untuk jam dan bahagian dalam pula untuk minit. Rumit pulak kan?

Jam Tangan Relativity (Relativity Watch)

Diambil contoh daripada teori relativiti Albert Einstein, Jam Tangan Relativity ini sebenarnya yang menjadikan jarum angkanya bergerak. Ia tentu saja akan membuatkan anda pening jika anda terus menerus menatapnya selama lebih daripada 12 jam.

Sumber: dontcheatsmeeva

The post 10 Jenis Jam Tangan Pelik Pernah Tercipta Di Dunia appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel 10 Jenis Jam Tangan Pelik Pernah Tercipta Di Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Jenis Jam Tangan Pelik Pernah Tercipta Di Dunia

Postingan terkait: