Penemuan tasik bawah tanah di planet Marikh oleh astronomi antarabangsa ini sekaligus meningkatkan andaian terdapat sumber air dan juga kemungkinan wujudnya kehidupan di planet itu.
Laporan yang dikeluarkan penyelidik dari Itali dan diterbitkan dalam jurnal sains Amerika Syarikat, tasik itu dikatakan terletak di bawah lapisan ais dan anggaran berkeluasan 20 kilometer yang merupakan cecair terbesar pernah ditemui.
“Ini adalah hasil yang mengagumkan, air di Marikh bukan suatu lopak sementara seperti penemuan terdahulu, tetapi sumber air berterusan untuk tempoh masa yang lama,” kata Profesor Madya, Alan Duffy di Universiti Swinburne, Australia.
Marikh dipercayai pernah mempunyai persekitaran yang lembap serta pernah mempunyai beberapa sumber air serta tasik kira-kira 3.6 bilion tahun lalu.
Saintis kini sedang mencari tanda air kontemporari kerana penemuan sedemikian adalah kunci untuk mengupas misteri sama ada hidupan pernah wujud.
Walaubagaimanapun, air tasik berkenaan difahamkan tidak boleh diminum dan terletak hampir 1.5km di bawah permukaan berais dalam persekitaran dingin.
“Ini adalah penemuan penting yang luar biasa, dan terikat untuk meningkatkan spekulasi mengenai kehadiran organisme hidup di Planet Merah,” kata Fred Watson, astronomi dari Australia.
Penemuan itu dibuat menggunakan peralatan radar Pengorbit Ekspres Marikh, milik Agensi Angkasa Eropah yang dilancarkan pada 2003.
Sumber: Astro Awani
The post Tasik Bawah Tanah Ditemui Di Planet Marikh appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Tasik Bawah Tanah Ditemui Di Planet Marikh