Adakah anda percaya bahawa kematian itu boleh dijangka atau ‘dihidu’ oleh manusia? Disini ada kisah pelik tapi benar iaitu seorang wanita mendakwa dirinya mempunyai kelebihan untuk menghidu sejenis bau pada badan manusia yang menandakan individu itu akan mati dalam masa terdekat.
Wanita ini bernama Ari Kala, 24, dari Hunter Valley mendakwa memiliki kelebihan itu ketika dia berusia 12 tahun dan mula menghidu bau berkenaan daripada badan bapa saudaranya yang menunggu detik-detik kematian.
“Malam sebelum kematiannya, saya terhidu sejenis bau janggal seolah-olah daging reput ‘manis’ di dalam rumahnya tetapi orang lain gagal menghidunya,” katanya.
Bagaimanapun, Ari Kala tidak pernah memberitahu kepada mana-mana individu bahawa mereka akan mati dalam masa terdekat kerana percaya itu bukan tanggungjawabnya.
Beliau kini menjadi seorang jurulatih psikik yang membantu individu lain untuk mencungkil kuasa dalaman masing-masing.
Sebelum ini, Kala bekerja di sebuah firma sebagai setiausaha perundangan.
Percaya atau tidak, terpulang kepada anda untuk menilainya. Namun perkara ini telah benar-benar terjadi!
Sumber: kisahkisahmisteridunia
The post Wanita Akui Mampu Menghidu ‘Bau Kematian’ appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Akui Mampu Menghidu ‘Bau Kematian’