Dalam tempoh 20 tahun ini, sebenarnya Allah sedang menunjukkan sesuatu kepada kita. Di mana ada kita baca di dalam kitab2 nya dahulu,
Kita hidup di dunia bukan kita pengarahnya. Pengarahnya nun di atas sana. “Yang Maha Berkuasa” Lagi “Maha Mengasihani”. Di mana ada 3 watak utama bernama Mahathir, Anwar dan Najib utk dijadikan cerita betapa hebatnya kekuasaanNya. Betapa hebatnya Dia membetulkan keadaan minda manusia yg sudah rosak… Alhamdulillah.
Bagaimana Anwar hilang dari tampuk kuasa dan dihina begitu teruk, kemudian org melakukannya Tuhan hukum utk dia merasainya sehingga dia berubah dan ingin membetulkan keadaan semula. Allah makbulkan dan kini Tun sedang melakukan yg jauh dari cara lamanya.
Dalam Tun diuji, Najib menunjukkan kesombongannya. ‘Cash is king’, seorang manusia yang angkuh dan lupa akan kekuasaan Allah yang mana Dia boleh memberi dan Dia boleh mengambil kembali nikmat tersebut walau 1000 manusia menghalang dengan segala penipuan.
Gambar ini bukan untuk kita ketawakan, tapi ambillah ia sebagai ikhtibar. Jika sebelum ini ke sana sini mereka dikelilingi pengampu-pengampunya, kini di mana mereka?
Jika dulu berpuluh-puluh mengawal keselamatan mereka, kini mereka hilang semua itu. Malah lebih teruk dari itu dari manusia yang paling berkuasa di negara ini mereka kini sedang diadili. Jika bersalah akan dipenjara. Untuk merasai bagaimana yang pernah dirasai Anwar sebelum ini.
Kita sebagai rakyat ambillah ikhtibar. Apa yg diceritakan dalam riwayat2 Islam itu benar. Kita janganlah sombong apabila berkuasa, kita jangan zalim bila berkuasa. Allah beritahu kita doa org yang dizalimi itu akan dimakbulkan. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Jadikan cerita mereka ini sebuah hikayat moden tentang kekuasaan Allah bagi menyakinkan kisah-kisah Firaun, Qarun dan kisah-kisah Nabi itu benar belaka. Jika digambarkan dari sudut positif, akhirnya bagaimana Malaysia ( ketika itu mungkin 2050 ) menjadi sebuah negara maju dan paling ditakuti rakyat dan org luar untuk melakukan rasuah.
Mudah mudahan nama ketiga tiga watak ini, dirahmati Allah atas kesilapan mereka masing-masing. Mereka bertiga telah dihukum dengan cara-Nya tersendiri. Kita sebagai penonton ambillah ia sebagai satu ikhtibar bagi menjauhi sifat2 yg dibenci oleh Allah.
Sumber: Facebook/Norman Liverpool
The post Allah Sedang Berbicara Kepada Manusia Tentang Pentingnya Amanah Jika Diberikan Kuasa appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Allah Sedang Berbicara Kepada Manusia Tentang Pentingnya Amanah Jika Diberikan Kuasa