5 Cara Mengatasi Rasa Gayat Di Tempat Tinggi

5 Cara Mengatasi Rasa Gayat Di Tempat Tinggi - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 Cara Mengatasi Rasa Gayat Di Tempat Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Mungkin ramai disini mempunyai perasaan gayat apabila berada ditempat yang tinggi. Lebih-lebih lagi apabila memandang ke bawah, rasa seperti hilang keseimbangan badan. Jadi, untuk mengatasi masalah ini terdapat 5 langkah yang boleh membantu anda dalam menangani perasaan gayat di tempat tinggi.

1. Buat Persediaan Awal

Kaji dahulu tentang tempat yang anda ingin lawati, dan kenal pasti ciri-ciri keselamatan yang ada. Yakinkan diri anda bahawa ciri-ciri keselamatan tersebut akan mengelakkan anda daripada terjatuh.

Ubah perspektif anda supaya lebih realistik, dan bukan pesimistik, iaitu asyik memikirkan perkara yang buruk-buruk. Perasaan takut adalah permainan minda yang biasanya tak berasas.

Kalau anda trauma kerana pernah terjatuh dari tempat tinggi, cuba tinggalkan kisah silam itu di belakang. Fokus pada realiti sekarang.

2. Mulakan Sedikit Demi Sedikit

Pergi ke mana-mana bangunan bertingkat. Naik ke aras satu dan cuba pandang ke bawah. Bila dah OK, naik ke tingkat dua dan seterusnya.

Kemudian cuba panjat bukit-bukit yang rendah pula, contohnya Bukit Broga di Semenyih atau Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan. Pemandangannya pun cantik.

Masalah utama kalau pergi hiking ialah ketika nak turun. Masa naik, tak ada masalah, sebab biasanya aktiviti hiking dijalankan pada awal pagi untuk menyaksikan matahari terbit di puncak bukit.

Jadi, semasa naik, hari masih gelap. Tak nampak sekeliling. Lagipun, semasa memanjat, kita fokus memandang ke atas. Tapi bila sampai waktu nak turun, hari sudah cerah, dan kita terpaksa memandang ke bawah.

Pada tika itu mulalah tapak kaki rasa geli-geli dan tanah tempat berpijak rasa macam bergerak. Tiba-tiba perut meragam, rasa nak ke tandas.

Untuk mengatasi masalah ini, tumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap langkah anda. Jangan pandang ke tempat lain atau terlalu berfikir tentang paras ketinggian anda sekarang.

3. Kawal Pernafasan

Biasanya kalau kita takut atau gementar, nafas dan degupan jantung kita akan menjadi laju. Ataupun mungkin kita terus terlupa nak bernafas.

Kalau anda sedar hal ini berlaku, berhenti sekejap. Duduk dan tarik nafas dalam-dalam. Kawal pernafasan anda (kira 3 hingga 4 saat ketika tarik nafas, dan 3 hingga 4 saat ketika hembus nafas).

Anda akan dapati degupan jantung anda juga akan stabil dan anda akan berasa lebih tenang.

4. Elakkan Kafein

Kafein boleh menyebabkan rasa takut dan gementar jadi lebih teruk. Elakkan makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, coklat, minuman tenaga atau makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, bagi mengelakkan sugar high.

5. Dapatkan Sokongan Rakan

Pergi bersama teman yang faham dengan masalah anda dan mampu bersabar serta memberi sokongan dari segi mental dan fizikal. Andainya anda tak dapat mengawal perasaan takut di atas sana, sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh memberikan kata-kata semangat atau memimpin anda turun.

Semoga tips ini bermanfaat kepada anda yang ada masalah gayat. Atasi segala rasa takut, anda akan menjadi lebih berani dan mungkin kehidupan anda berubah menjadi lebih baik kerana anda menjadi lebih berani dalam menangani apa-apa masalah.

Sumber: thevocket

The post 5 Cara Mengatasi Rasa Gayat Di Tempat Tinggi appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel 5 Cara Mengatasi Rasa Gayat Di Tempat Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 Cara Mengatasi Rasa Gayat Di Tempat Tinggi

Postingan terkait: