Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 93 tahun tetap bersemangat menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ke-7.
Sebelum ini, Tun M menyatakan bahawa jemaah menteri bersetuju agar gaji pokok mereka dipotong sebanyak 10 peratus sebagai tanda prihatin untuk pulihkan ekonomi kewangan negara.
Terbaru, beliau mengakui gaji sebagai ahli Parlimen masih rendah berbanding sektor swasta, namun beliau tidak bercadang untuk menaikkan pendapatan bulanan wakil rakyat di seluruh negara.
Selain itu, suami kepada Tun Dr Siti Hasmah itu memberitahu bahawa gaji yang diterima ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini adalah mencukupi dan tidak pernah menggunakan wang tersebut.
“Ketika saya menjadi perdana menteri, gaji semasa saya letak jawatan adalah RM20,000 sebulan.
“Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan,” kata Tun M.
Tun M juga turut mendedahkan bahawa beliau tidak menggunakan gajinya selama 29 tahun kerana kerajaan telah memberikan rumah, kenderaan dan membayar elaun perjalanan, bil elektrik serta air.
Sumber: mStar
The post Tun M Dedah Tak Pernah ‘Sentuh’ Duit Gaji Selama 29 Tahun appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Tun M Dedah Tak Pernah ‘Sentuh’ Duit Gaji Selama 29 Tahun