Apabila cuaca panas atau musim panas yang panjang, jamuan yang paling enak untuk dinikmati ialah makanan atau minuman yang sejuk bagi mengurangkan rasa panas. Lebih-lebih lagi jika makan aiskrim di waktu panas. Sudah tentu ia sangat melegakan dan cara paling berkesan untuk menghilangkan rasa panas.
Peti aiskrim di kedai-kedai runcit pasti mendapat perhatian kanak-kanak mahupun orang dewasa sebagai pelega tekak dan pemanis mulut. Kalau diikutkan sekarang memang sudah banyak jenis perisa boleh diperbuat dari buah-buahan malahan bunga-bungaan pun ada.
Sebelum anda sebut perisa aiskrim kegemaran anda, cuba perhatikan pernah tak anda makan aiskrim berperisa anggur?
Kalau anda kata ‘ya, pernah’ berkemungkinan anda makan aiskrim jenis ais yang berketul tapi bukan seperti krim iaitu aiskrim seperti perisa vanilla, coklat, strawberi dan lain-lain.
Kenapa sukar jumpa aiskrim anggur?
Gula-gula anggur memang ada dijual tetapi lain pula dengan aiskrim. Antara penyebab jarang kita temui aiskrim anggur kerana cara penghasilannya agak sukar dan tidak memberikan tekstur krim lembut seperti yang diinginkan.
Hal ini kerana anggur mempunyai kandungan air yang tinggi dimana sangat bagus sebagai sumber hidrasi. Namun apabila dibekukan untuk dijadikan sebagai aiskrim ia akan bertukar menjadi ais yang berketul-ketul.
Menurut Reader’s Digest, terdapat beberapa syarikat pengusaha aiskrim memajukan aiskrim berperisa anggur dalam jenama mereka namun kebanyakan ia gagal kerana tidak mendapat sambutan dan kebanyakan aiskrim terpaksa menggunakan bahan perisa tiruan.
Ada pula kisah seram mengatakan aiskrim anggur telah menyebabkan kematian seekor anjing. Seorang lelaki telah membuat aiskrim perisa anggur untuk diberikan kepada teman wanitanya tapi ia telah dimakan oleh anjing milik wanita tersebut. Tidak lama kemudian, anjing itu berada dalam keadaan tidak sedar dan seterusnya mati mengejut.
Maka wujudlah beberapa teori mengatakan untuk mencipta aiskrim anggur bukan secara suka-suka. Ia memerlukan sukatan yang tepat kerana anggur adalah buah yang sangat sukar untuk diguna pakai.
Sumber: wanista.com
The post Perasan Tak, Kenapa Tiada Aiskrim Berperisa Anggur appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Perasan Tak, Kenapa Tiada Aiskrim Berperisa Anggur