Pernahkah anda terfikir untuk makan makanan yang nampak sangat menakutkan bagi anda? Memang ada makanan yang pelik dan menakutkan yang wujud di dunia ini dimana sesetengah orang sahaja yang mampu memakannya.
Kebanyakan makanan pelik adalah dari negara Asia seperti Jepun, China, Kemboja dan banyak lagi. Bagi kita mungkin pelik, tapi bagi mereka sudah dianggap sebagai makanan biasa. Malah ada lagi daripada mereka menyatakan makanan itu sangat sedap dan menyelerakan. Mari kita lihat makanan tersebut:
1. Tuna Eyeballs
Tuna eyeballs atau bebola mata ikan tuna adalah hidangan yang popular di Jepun. Ia dikatakan kaya dengan asid lemak omega 3. Rasa seperti mata-mata yang tengah memandang anda dengan pandangan yang menakutkan. Bolehkah anda memakannya?
2. Putterfish
Putterfish atau nama lainnya ‘fugu’ di Jepun. Ia dikatakan sangat beracun dan boleh membunuh seseorang. Tiada yang pelik dengan rasanya kerana isinya yang lembut. Tapi bila ikan ini tersenarai dalam salah satu makanan paling berbahaya di dunia, kami rasa baik anda teruskan makan tuna dan salmon sahaja. Atau kematian menanti anda.
3. Katsu ika odori-don
Katsu ika odori-don adalah hidangan Jepun yang mempunyai campuran nasi dan mee. Di bahagian atasnya pula diletakkan sotong hidup. Sotong tersebut akan ‘menari-nari’ dan bergelut di dalam sos. Kemudiannya akan bertindak balas dengan garam yang diletakkan. Hati-hati sewaktu makan, kerana boleh menyebabkan anda tercekik.
4. Labah-labah goreng
Labah-labah goreng adalah makanan istimewa orang Kemboja. Rasanya rangup di luar dan lembut di dalam. Ia biasanya dihidangkan bersama secubit herba dalam mee atau nasi. Kalau labah-labah selalu menakutkan anda, balas dendam dengan memakan mereka.
5. Escamoles
Escamoles adalah telur semut hitam gergasi dan kadang-kala merujuk kepada ‘telur serangga’. Di Mexico, ia biasanya dimakan dengan dimasukkan ke dalam taco dan guacamole (makanan tradisional Mexico). Dikatakan mempunyai rasa seperti mentega dan kacang.
6. Casu Marzu
Casu Marzu adalah makanan tradisional istimewa Sardinia (sebuah pulau besar di laut Mediterranean). Ia diperbuat daripada keju susu kambing dan di dalamnya terdapat larva serangga hidup. Serangga ini kemudiannya akan ‘diperam’ di bahagian dalam keju tersebut sebelum siap untuk dihidangkan. Agak menjijikan bukan? Namun ia telah diharamkan kerana boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, mual, muntah dan cirit-birit.
7. Sannakji
Sannakji adalah makanan istimewa Korea yang terdiri daripada anak sotong hidup. Hidangan ini ditambah perisa dengan biji dan minyak bijan. Walau bagaimanapun, sotong ini masih aktif melekap dan boleh menyebabkan bahaya tercekik yang serius. Cuba anda bayangkan, tengok syok makan, anak sotong ini melekap di bahagian mulut. Tentu keadaan menjadi sangat panik.
8. Balut
Makanan ini adalah antara makanan yang paling menakutkan. Jijik dan boleh dikatakan kejam. Balut merupakan embrio itik yang disenyawakan separuh jalan. Teksturnya yang berlendir, berwarna kuning dan kelabu. Ia kemudiannya direbus hidup dan dimakan di dalam kulit telur. Tulang pada anak itik dikatakan memberi rasa rangup pada hidangan balut. Ia merupakan makanan Asia Tenggara iaitu dari Filipina.
9. Otak Monyet
Dianggap sebagai makanan istimewa di China, makan otak monyet bukan sahaja dianggap sebagai makanan pelik, tetapi berbahaya kepada kesihatan anda. Ia boleh menyebabkan penyakit Creutzfeldt-Jakob. Satu penyakit yang merupakan gangguan neurodegenerative yang serupa dengan penyakit Mad Cow. Ia boleh mengakibatkan progesif demensia, penglihatan cacat, kemurungan dan akhirnya membawa kepada kematian. Namun, masih ada juga yang sanggup memakannya. Mungkin golongan zombi?
Sumber: Times Of India
The post 9 Makanan Yang Paling Menyeramkan Di Dunia appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel 9 Makanan Yang Paling Menyeramkan Di Dunia