5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil

5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Orang hamil ada pelbagai ragam latahnya, salah satunya perasaan malas untuk memasak. Mungkin ramai diantara anda mungkin tak pernah mengalami perkara ini dan menganggap ini agak keterlaluan atau mengada-ngada.

Tetapi, inilah salah satu dari salah satu ragam ibu hamil yang perlu anda fahami. Lebih-lebih buat para suami. Memetik laman Mother & Baby, baca selanjutnya ini.

Kenapa Isteri Malas Masak Semasa Hamil

1. Loya bau makanan

Antara sebab utama orang perempuan susah nak masak ketika hamil adalah kerana tak boleh menghidu sesetengah bau makanan. Contohnya bau bawang, bau tumisan, bau nasi yang menggelegak dan pelbagai lagi yang menimbulkan rasa pening dan muntah.

Ini disebabkan jumlah plasma (aliran darah) dalam tubuh ibu mengandung akan meningkat sehingga 50 peratus dalam tempoh kehamilan. Apa-apa yang bergerak dari darah anda ke otak menjadi lebih cepat dan dalam kuantiti yang lebih besar berbanding biasa.

Disebabkan deria hidu yang semakin sensitif, seseorang menjadi sangat responsif terhadap bau-bauan, sekalipun bau tersebut sering dihidu sebelum ini tanpa sebarang masalah. Sesetengah pakar juga berpendapat bahawa ia bertindak sebagai mekanisma perlindungan bagi menjauhkan ibu mengandung daripada menghidu atau memakan makanan yang membahayakan kesihatannya.

2. Deria rasa berubah

Ssudah tentulah deria rasa juga akan berubah bila deria bau seseorang berubah dan tidak lagi berfungsi seperti selalu. Contohnya kalau kita selsema dan susah nak menghidu, biasanya kita jadi kurang berselera atau ‘teringin’ pula nak makan sesuatu yang lain.

Bila rasa dah berubah, susahlah nak merasa makanan yang dimasak. Bila memasak, rasa macam ada saja yang tak kena. Rasa masakan pun macam tak sedap seperti selalu.  Ini antara sebab kenapa ramai wanita mengandung tak memasak di rumah sampailah alahannya hilang.

3. Letih

Mungkin sesetengah menganggap letih ini perkara biasa. Para suami kena faham bahawa berlakunya banyak perubahan pada sistem tubuh isteri sepanjang proses kehamilan. Sepanjang trimester pertama terutamanya, tubuh akan bekerja lebih kuat untuk proses membuat uri (plasenta) iaitu satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Pada akhir trimester pula, perut akan semakin membesar hingga menyukarkan ibu untuk bergerak dengan banyak.

Di samping itu, tahap hormon dan metabolisma anda juga sedang berubah dengan pesat, gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Ini menyebabkan ibu mengandung menjadi menjadi terlalu letih. Ada yang teruk alahannya, ada yang alami masalah tertentu seperti kurang darah (low hb), darah tinggi, atau menghidap diabetes gestasi.

4. Tiada selera makan

Kedua-dua deria bau dan rasa ini memainkan peranan penting dalam selera seseorang. Seseorang yang tak berselera nak makan sudah tentu akan rasa kurang semangat untuk memasak.

Bila tak makan dengan baik, tubuh pun akan menjadi lemah. Daya fokus dan minda pula semakin kurang efisyen. Puas difikirnya dari pagi sampai petang, tak tahu nak masak apa.

5. Tiada rasa nak memasak

Ketidakstabilan emosi atau mood swing bukanlah sesuatu yang dibuat-buat oleh wanita, terutamanya yang sedang mengandung.

Menurut BabyCenter, tahap hormon pada tubuh ibu mengandung sedang memuncak apabila jumlah estrogen dan progesteron dalam badan meningkat. Peningkatan hormon ini boleh menjejaskan mood, lalu membuatkan ibu mengandung rasa sedih, bercelaru, bimbang atau begitu mudah tersentuh. Rasa celaru ini boleh menjejaskan rutin harian seseorang.

Akhir kata, sebagai suami kenalah bersedia kemungkinan yang boleh berlaku sepanjang kehamilan disebabkan turun naiknya hormon dalam badan isteri.

The post 5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel 5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil

Postingan terkait: