Menjadi orang kaya merupakan menjadi impian kebanyakkan orang. Hal ini kerana setiap apa yang kita mahu pasti kita mampu memperolehinya. Melabelkan seseorang itu kaya biasanya kita lihat cara pemakaian, aksesori seperti jam tangan atau juga jenis kereta yang dinaiki.
Tetapi, dengan trend telefon pintar, gajet yang digunapakai adalah tanda untuk lihat jika seseorang itu kaya atau tidak. Di Amerika Syarikat, ada satu laporan mengatakan hanya orang kaya sahaja yang menggunakan iPhone dan iPad.
Laporan ini ditulis oleh University of Chicago dan Biro Penyelidikan Ekonomi Negara USA. Ahli ekonomi mengatakan, seseorang yang memiliki iPhone mempunyai nilai gaji yang tinggi. Sebanyak 69.1% pengguna iPhone, 66.9% pengguna iPad dan 59.5% pengguna peranti Android dikatakan mempunyai gaji yang tinggi.
Hal ini kerana, harganya sememangnya sudah mahal dan agak mustahil yang miskin mempunyai atau memiliki iphone mahupun ipad.
Walau bagaimanapun, data-data dalam laporan ini adalah daripada tahun 2016 dan ia tidak termasuk iPhone X yang dilancarkan pada 2017 – iaitu iPhone termahal yang pernah dilancarkan.
Adakah anda setuju jika hanya orang kaya sahaja yang menggunakan iPhone dan iPad?
Sumber: Phone Arena
The post Hanya Orang Kaya Sahaja Yang Menggunakan iPhone Dan iPad – Ahli Ekonomi appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Hanya Orang Kaya Sahaja Yang Menggunakan iPhone Dan iPad – Ahli Ekonomi