Mangsa Terperangkap Dalam Gua Di Jemput Untuk Menyaksikan FIFA World Cup 2018

Mangsa Terperangkap Dalam Gua Di Jemput Untuk Menyaksikan FIFA World Cup 2018 - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa Terperangkap Dalam Gua Di Jemput Untuk Menyaksikan FIFA World Cup 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Siapa sangka setelah berhari-hari menempuhi kesukaran untuk keluar daripada gua, akhirnya mereka di jemput untuk menyaksikan Piala Dunia FIFA 2018.

Lawatan ke Moscow untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018 menanti 12 pemain remaja dan jurulatih mereka dari Thailand yang terperangkap di dalam gua di Chiang Rai, utara Thailand, jika mereka keluar dengan selamat dan berada dalam keadaan sihat untuk melakukan perjalanan.

Jemputan itu disampaikan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino melalui surat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Jeneral Somyot Poonpanmoung.

“Kami berharap, mereka dapat disatukan semula dengan keluarga masing-masing pada hari-hari yang akan datang dan tahap kesihatan mereka membolehkan mereka melakukan perjalanan, FIFA gembira untuk menjemput mereka sebagai tetamu kami untuk menyaksikan final Piala Dunia 2018 di Moscow,” demikian menurut Infantino dalam surat tersebut.

Beliau berharap pemain berusia antara 11 dan 16 tahun dan jurulatih berusia 25 tahun daripada Akademi Bola Sepak ‘Wild Boar’ (Mu Pa) dapat menyertai FIFA di perlawanan akhir yang ‘pastinya menjadi detik persahabatan dan sambutan yang indah’.

Final Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow pada 15 Julai ini.

Kumpulan remaja itu dan jurulatih mereka terperangkap di dalam gua Tham Luang yang dinaiki air di Chiang Rai sejak 23 Jun. Selepas hilang selama sembilan hari, pasukan penyelamat berjaya menemukan mereka Isnin lalu,

Bagaimanapun, anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini mengejar masa untuk membawa keluar mangsa berikutan penyelam perlu mengambil masa antara 11 hingga 12 jam untuk menyelam dalam keadaan berbahaya untuk sampai kepada mangsa yang terperangkap.

Infantino, dalam suratnya kepada FAT, berkata FIFA dengan cemas mengikuti berita operasi SAR dan lega mendengar khabar bahawa kumpulan pemain dan jurulatih itu berjaya ditemukan oleh pasukan penyelamat.

Beliau juga melahirkan rasa simpati yang mendalam dan sokongan FIFA kepada keluarga mangsa serta perpaduan rakyat Thailand bagi menghadapi masa yang penuh cabaran ini.

Sumber: empiremedianetwork.com

The post Mangsa Terperangkap Dalam Gua Di Jemput Untuk Menyaksikan FIFA World Cup 2018 appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Mangsa Terperangkap Dalam Gua Di Jemput Untuk Menyaksikan FIFA World Cup 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa Terperangkap Dalam Gua Di Jemput Untuk Menyaksikan FIFA World Cup 2018

Postingan terkait: