Polis mengesahkan kes kebakaran di asrama tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah selesai dengan penangkapan tujuh remaja lelaki dalam kes terbabit.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata ketika sidang media tergempar sebentar tadi.
Turut dinyatakan, ketujuh-tujuh suspek yang ditahan adalah bukan pelajar tahfiz berkenaan. Difahamkan enam dari tujuh suspek yang ditahan positif dadah jenis ganja.
Sumber memdedahkan, punca pembunuhan akibar perselisihan faham antara lima pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan tujuh remaja di kawasan Taman Datuk Keramat.
Polis berkata, beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.
Katanya, susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka melompat masuk ke dalam pusat tahfiz itu.
“Kemudiannya, mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama, ” katanya.
Berikut Gambar-Gambar Suspek Pembunuh
–BHarian, Hmetro
Anda sekarang membaca artikel KES SUDAH SELESAI.. INILAH WAJAH-WAJAH SUSPEK YG MEMBUNUH 21 PELAJAR & 2 GURU TAHFIZ