Tidak lama lagi kita nak sampai dah penghujung tahun, sudah pasti banyak yang sudah rancang macam-macam program? Banyak juga orang yang sudah tamatkan zaman bujang nak dekat hujung tahun ni.
Sudah pasti ramai yang sudah minta cuti dekat bos sebab nak habiskan sisa-sisa cuti tahunan pada bulan Disember ni sebelum menjelang tahun 2018.
Ada juga kebanyakkan syarikat pada bulan disember ini yang tutup buku. Memang tidak akan ada peluanglah pada yang masih terkial-kial masih mencari pekerjaan.
Semua tanggapan anda itu adalah meleset. Bulan Disember adalah waktu yang sangat tepat untuk anda cari pekerjaan idaman anda. Mungkin anda akan mendapat kerja dengan mudah dan cepat.
Kurang persaingan
Secara kebiasaannya apabila menjelang hujung tahun, sudah pasti bnyak di antara pekerja dan juga majikan membuat persiapan untuk bercuti bersama yang tersayang. Disitulah amda ambil peluang keemasan ini untuk mencari pekerjaan.
Setiap syarikat sudah pasti ada dana yang lebih dalam setiap perbelanjaan
Sudah pasti setiap menjelangnya penghujung tahunan, di situ setiap syarikat akan tahu berapa jumlah bakinperbelanjaan dalam setahun. Disebabkan itulah banyak syarikat yang sanggup menyediakan jawatan kosong untuk diisi.
Majikan akan berikan perhatian yang lebih dari kebiasaannya.
Disebabkan kurang persaingan, para majikan pasti akan memberi keutamaan yang lebih kerana tidak banyak calon yang akan menghantar resume. Ambilah peluang ini sebaik-baiknya kerana peluang datang sekali sahaja.
Mungkin ini boleh dijadikan sebagai berita baik bagi yang masih mencari pekerjaan. Manalah tahu ada rezeki di situ. Tidak salah untuk kita mencuba nasib. Semoga berjaya.
Sumber: Hanasuva.com , Maukerja.my
The post 3 Sebab Bulan Disember Adalah Waktu Yang Sesuai Mencari Pekerjaan appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel 3 Sebab Bulan Disember Adalah Waktu Yang Sesuai Mencari Pekerjaan