‘Babi, Laknat Dan Lucah’ – Novel Indie Semakin Celupar?

‘Babi, Laknat Dan Lucah’ – Novel Indie Semakin Celupar? - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Babi, Laknat Dan Lucah’ – Novel Indie Semakin Celupar?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Sesetengah karya-karya indie dalam bentuk novel dibimbangi boleh mengancam dan merosakkan pemikiran anak muda lantaran penggunaan bahasanya yang bersifat bebas serta kasar dan adakalanya berbaur lucah.

Memetik kata Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor, Dr. Maskiah Masrom, syarat yang diletakkan oleh penerbit menjadi penggalak kepada penulis muda untuk menggunakan bahasa slanga dan celupar.

Penulis novel indie hanya perlu menghasilkan karya mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarikat indie tanpa memikirkan tanggungjawab sosial mengangkat martabat kesusasteraan Melayu.

“Istilah indie ini berasal daripada kata independent atau bebas, tersendiri, lebih tepat usaha penulis indie menerbitkan sendiri hasil karya.

“Mereka tidak terikat dengan prosedur dan tatacara penerbitan seperti proses penilaian serta kelulusan pihak tertentu; maka lahirlah karya kesusasteraan atas kehendak penulis dan penerbit itu sendiri,” di Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2017 (Pulara).

Foto: Astro AWANI

Penulis novel tersebut sering menyuarakan perasaan tidak senang hati terhadap pelbagai isu urban dan kontemporari di sekitar mereka.

Ujarnya, mereka dilihat mewakili golongan muda untuk melahirkan perasaan terpendam terhadap institusi yang dirasakan mengikat kebebasan mereka termasuk institusi keluarga.

“Oleh sebab itu dalam usia sekitar 20-an, mereka menganggap kes-kes urban terhad kepada kes “taboo” seperti bapa kandung perkosa anak sendiri, pelacuran, pengguguran bayi, seks songsang dan pembunuhan kejam.

“Ia turut menyumbang kepada kelahiran karya dengan judul satu perkataan sahaja yang agak “taboo” bunyinya seperti Laknat, Babi, Gelap, Gantung dan Asrama,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Maskiah turut membidas gaya penulisan buku indie yang mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris tanpa mencondongkan hurufnya.

“Ada tertulis di sisipan sebuah novel indie iaitu beberapa perkataan bahasa Inggeris di dalam buku tidak dicetak dengan huruf condong atau italic demi menghayati semangat urban, jelas ia merendahkan kedudukan bahasa ibunda,” katanya.

“Dicadangkan supaya diwujudkan tatacara penerbitan yang selaras untuk syarikat indie dan arus perdana, jika selama ini penulis karya arus perdana terikat dengan proses ketat maka penulis indie juga tidak boleh dibiarkan bebas,” ujarnya lagi.

Sumber: Astro Awani

The post ‘Babi, Laknat Dan Lucah’ – Novel Indie Semakin Celupar? appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel ‘Babi, Laknat Dan Lucah’ – Novel Indie Semakin Celupar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Babi, Laknat Dan Lucah’ – Novel Indie Semakin Celupar?

Postingan terkait: