Pelakon Sharifah Sakinah memang antara pelakon yang sering dikaitkan dengan perwatakan gila-gila. Perwatakkannya itu sangat disenangi oleh peminat-peminatnya.
Walaupun sering dilabelkan ‘gila-gila’ namun itu tidak memberi kesan kepadanya, malah dia tidak perlu hipokrit hanya untuk menutup mulut orang lain. Dia lebih suka jadi diri sendiri.
Terbaru, Sakinah memuat naik foto bersama Aiman Hakim Ridza untuk mempromosikan drama terbarunya Rumah No 10. Ramai netizen yang terhibur dengan kapsyen yang dibuat pelakon itu. Kapsyen apa itu?
Jangan gabung nama kami
Ni memang lain dengan cerita sebelum ni. Tak sabar nyaaaa dah siap cerita ni! single,tunang,ngandung ,llepas pantang hero yg samaaaaaaaaaa je. Tolongggghhhhla tolonglahhhhhhh jangan ada hashtag gabungan nama kami . Geli #rumahno10
Director :@jureyrosli
Semua sedia maklum, gandingan mereka bukanlah pertama kali apabila pernah digandingkan dalam drama GF Aku Dari Neraka. Drama ini menjadi bualan ramai netizen yang rata-ratanya menganggap gabungan mereka sangat serasi sehingga ada yang membuat hashtag nama mereka bersama.
Namun, menerusi foto ini, Sakinah meminta agar peminat tidak menggabungkan nama mereka kerana dikatakan geli baginya. Memang semua terhibur dengan pemintaan pelakon itu.
The post ‘Jangan Gabungkan Nama Kami, Geli’ – Sharifah Sakinah appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Jangan Gabungkan Nama Kami, Geli’ – Sharifah Sakinah