Setiap manusia mempunyai kisah kehidupan yang berbeza. Ada di antara mereka yang begitu bernasib baik, seolah-olah semuanya nampak indah sahaja. Ada juga dikalangan kita yang serba kekurangan dari segi harta, malah yang paling menyedihkan apabila ada yang kehilangan ahli keluarga dan yatim piatu.
Begitulah apa yang yang terjadi kepada sekumpulan anak yatim ini seperti yang dikongsikan oleh Natipah Abu. Kanak-kanak ini terpesona dengan deretan cincin yang dijual oleh seorang lelaki namun tidak mampu untuk membelinya.
Namun siapa sangka mereka bernasib baik kerana bertemu dengan seorang penjual cincin yang berhati mulia. Untuk kisah lebih lanjut, kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda dibawah.
R&R Gunung Semanggol
Ketika melintasi gerai yang menjual cincin ini, mata mereka masing-masing menjeling dan mencuri pandang pada gemerlapan cincin yang tersusun kemas di dalam kotak.
Beberapa orang anak mematikan langkah, berdiri di situ sambil mata menjamah keindahan cincin yang dipamerkan.
“Dari sekolah mana kamu?” tanya si penjual sambil matanya beralih pada sekumpulan anak-anak yang lain.
“Kami dari rumah anak yatim,” jawab salah seorang anak dengan suara yang perlahan. Terasa benar kekurangan diri saat soalan tentang dari mana itu diutarakan.
“Panggillah semua kawan-kawanmu ke mari. Saya ingin hadiahkan cincin sebagai tanda kenangan”.
Mereka berpandangan sesama sendiri, lalu pandangan wajah si penjual. Seakan tidak percaya dengan apa yang menerjah gegendang. Si penjual menganguk sambil tersenyum manis.
Dalam sekelip mata semuanya beratur panjang, si penjual pun menyarungkan cincin tersebut ke jari mereka. Seorang demi seorang mengikut saiz yang sepadan dan sesuai.
Semuanya tersenyum gembira, mengangkat tangan dan menayang-nayang di mata sendiri, puas hati apabila cincin yang indah itu tersarung kemas di jari.
Sejurus selepas itu, tangan si penjual disalami dan dikucup seikhlas hati, tanda menghargai hadiah yang diberikan. Di mana pun dia dan biar siapa pun dia, semoga Allah S.W.T memberkati dia kerana telah menyantuni 36 orang kekasih Rasullullah S.A.W ini.
Sumber: Facebook/Natipah Abu
The post “Kami Anak Yatim Pak Cik” – Lihat Reaksi Pakcik Berkenaan, Pasti Anda Kagum Dengannya! appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel “Kami Anak Yatim Pak Cik” – Lihat Reaksi Pakcik Berkenaan, Pasti Anda Kagum Dengannya!