Dadah adalah pemusnah masa depan no. 1 bagi anak-anak muda. Terlalu besar pengaruh dadah sehinggakan bukan sahaja individu biasa, malah ramai artis yang mengambil dadah bagi memberikan tenaga untuk mereka berada di lokasi penggambaran untuk masa yang lama.
Janna Nick adalah salah seorang artis yang pernah ditawarkan dadah oleh rakan artis yang lain, Janna Nick akui pernah teringin untuk mencubanya untuk menambahkan tenaga tetapi kerana masih berfikiran waras, beliau menolaknya. Jelasnya ramai rakan artis mengambil dadah bagi tujuan berseronok dan mengatasi tekanan.
Sebenarnya banyak cara untuk mengatasi tekanan, dadah bukanlah cara terbaik untuk mengatasinya, malah ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada badan dan boleh memusnahkan masa depan anda.
“Sebagai manusia pasti terdetik rasa ingin mencuba tapi semuanya terletak pada pendirian masing-masing sama ada untuk terjebak atau tidak. Saya sendiri tidak mahu masa depan saya gelap disebabkan dadah”
“Jika bertemu mereka saya tidak akan berjumpa pada waktu bekerja. Walaupun kadang-kadang saya tahu mereka di bawah pengaruh dadah tetapi saya okey,” katanya kepada Projek MMO mengenai beberapa kenalan memberitahunya dadah boleh memberikan tenaga.
Sumber: Rotikaya.com
The post “Kawan Artis Penah Bagi Dadah, Terdetik Nak Cuba Ambil” – Janna Nick appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel “Kawan Artis Penah Bagi Dadah, Terdetik Nak Cuba Ambil” – Janna Nick