Jika anda rasa memiliki ramai kawan itu lebih bahagia dan seronok, mungkin anda perlu fikirkannya semula. Mungkin ada banyak kelebihannya memiliki ramai kawan, tetapi berapa peratus kawan yang boleh hadir ketika anda dalam kesusahan?
Oleh sebab itu, kuantiti itu tidak penting, tetapi kualiti yang paling dititikberatkan. Ramai kawan pun tidak guna jika yang hanya akan sentiasa ada ketika susah senang itu hanya sedikit sahaja.
Kajian mendapati, ramai kawan boleh beri kesan buruk pada kesihatan dan kebahagiaan anda.
Jika sudah memiliki ramai kawan, anda perlu berusaha untuk menjaga hati semua kawan anda itu supaya salah seorang dari mereka tidak terasa dengan anda, ada sesetengah orang tidak suka berkongsi rasa sayang walaupun hanya seorang kawan!
Ramai yang bergaduh hanya kerana menerima kawan baru, kononnya kasih sayang antara kawan lama dahulu akan berkurangan kerana hadirnya kawan baru. Ianya akan memberi tekanan kepada anda.
Apabila kurang kawan, anda tak perlu fikirkan tentang diri mereka sahaja dan tak perlu takut jika kehilangan mereka. Kawan sebenar akan sentiasa ada ketika senang atau susah.
Antara yang paling ketara ialah apabila keluar bersama, jika anda rasa anda yang paling banyak mengeluarkan duit, itu tandanya anda sudah dipergunakan oleh rakan anda! Bukan tidak boleh belanja kawan, tetapi jika setiap kali keluar anda saja yang keluarkan belanja, itu sudah melampau!
Dengan kurangnya kawan, anda bukan sahaja rasa senang hati tanpa stres, malah boleh menyimpan dengan lebih baik! Malah hidup anda akan lebih teratur dan terkawal. Tidak stress dan sentiasa happy!
Sumber: Taikotai.tv , Hanasuva
The post Kurang Kawan Antara Faktor Hidup Lebih Mewah Dan Bahagia! appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Kurang Kawan Antara Faktor Hidup Lebih Mewah Dan Bahagia!